Salam... alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus berbakti dan berjuang di jalanNya jua...insyaAllah... syukran Ya Allah kerana masih dipanjangkan umurku dan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat jua...amin.. insyaAllah... alhamdulillah...telah selesai sudah program arini.. lega rasanya.. MAJLIS PELANCARAN JT FAN CLUB & WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS TERTINGGI JAWATANKUASA TEMAN(JT) SESI 2010/2011.. terbaik untuk semua arini.. syukur alhamdulillah... sebetulnya, bermulanya sem ini daku kian busy dengan pelbagai program, assignment, latihan dll... Ya Allah, hindarilah daku dari kealpaan dan perbuatan yang sia2+lagha, moga-moga daku sentiasa dekat denganMu..amin..insyaAllah.. pagi tadi seperti biasa daku menjalani kehidupan seharianku sebagai seorang mahasiswi... lab animal's health membuatku teruja seketika.. hehe.. arini kami observe ttg darah.. memandangkan daku ini berdarah A..kurang juga darah untuk kudermakan sebagai bahan experiment arini.. maafkan daku,shbt2... =( erm.. kemudian, daku gagahi diri ini juga untuk menjalani kuiz BI sebentar sahaja lagi.. erm... sungguh hectic lifeku kini... alhamdulillah.. kurasakan ini yg terbaik.. kerana daripada daku duduk dan sembang kosong sahaja,ada baiknya jika daku berpersatuan dan beribadah kepadaNya serta menikmati pentarbiyahan ini.. Subhanallah!! nikmatnya pentarbiyahan..nikmatnya persahabatan dan ukhuwah yang sejati.. nikmatnya musyawarah yang bijaksana.. nikmatnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH... insyaAllah... =) sesudah kuiz,daku kembali ke hostel tuk menunaikan solat zohor dan kemudiannya ke padang tembak untuk lecture animal's health pula.. aha! test 2 kian menghampiri...daku tidak mahu cuai dan gagal capai targetku sem ni dan seterusnya insyaALLAH... doakan daku juga ya,sahabat2.. syukran... petang itu pula dau turun ke court untuk berjual donut.. ( jualan kesepakatan shbt2 sekelasku..alhamdulillah..) =) tq shbt! mlm itu pula daku mmbuat persiapan terakhir untuk majlis pelancaran JT FC dan watikah perlantikan.. daku dan ukhti kesayanganku di sini, Kak Afifah terus meneliti semula perjalanan majlis.. kami bertungkus-lumus memastikan semuanya berjalan lancar..alhamdulillah..mendapat kerjasama daripada shbt2 dan shbiah2 sekalian untuk mencantikkan lagi majlis ini.. syukran jazillan... =) moga ukhuwah ini diredhaiNya dan berkekalan dunia akhirat...amin.. insyaAllah... protokol mlm ini agak kucar-kacir..mujurlah Ustaz Amir tidak berkira sangat..hehe.. mujur ni program kami.. hehe.. tidak mengapa.. belajar daripada kekurangan yang ada.. insyaAllah.. dimulakan dengan bacaan doa, tilawah al-Quran, persembahan nasyid, ucapan Ustaz Amir, gimik pelancaran, ucapan YDP JT (Saudara Hafiezz), watikah perlantikan, perlantikan YDP dan NYDP JT FC dan lakonan.. lakonan ini dan nasyid merupakan antara hiburan ilmiah dan objektif kami adalah untuk menunjukkan Islam juga tidak mengekang untuk berhibur tapi biarlah mengikut landasan syariat yang sebenar.. insyaAllah... semoga segala apa yang kita lakukan sentiasa diberikan petunjuk,diterima segala ibadah dan diberkati olehNya jua..amin...insyaAllah... mlm itu diakhiri dengan jamuan ringan/bekwoh, pemberian kad ahli JT FC dan diskusi ttg perjalanan aktiviti arini.. alhamdulillah..tamat... semuanya keletihan..tidak mengapa...marilah kita terus istiqamah dlm memperjuangkan syiarNya dan ikhlas dalam setiap perbuatan kita..insyaAllah... barakallah hu fikum... berikut adalah senarai MT JT dan Lajnah2 nya :
YDP 1 : MuhammadHafiezz
YDP 2 : Fatin Izyan
NYDP 1 : Abdul Hadi
NYDP 2 : Nurul Aida
S/U : Miqdad
Timb. S/U : Nurain
Bendahari : Muhammad Dhiyauddin
Timb. Bendahari : Siti Hajar
Lajnah Kerohanian&Pembangunan Insan : Pengerusi - Hafiz ; Naib - Fatimah
Lajnah Penerbitan : Pengerusi - Ijaz ; Naib - Siti
Lajnah Sukan&Rekreasi : Pengerusi - Muazz ; Naib - Hakimah
Lajnah Kesenian&Multimedia : Pengerusi - Ali ; Naib - Fadhilah
Lajnah Kebajikan&Ekonomi : Pengerusi - Arif ; Naib - Kasyifah
Lajnah Perhubungan : Pengerusi - Ibrahim ; Naib - Nurul
semoga pimpinan kali ini lebih mantap, efisien, bekerjasama, ikhlas dan istiqamah dalam memperjuangkan agama Allah serta terus menjalankan pentarbiyahan di mana2 jua..amin.. insyaAllah.... tahniah shbt dan shbiah sekalian.. =)
next program : Jumaat 9 pagi - PROGRAM PENGHAYATAN SINAR RAMADHAN (PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN DAN KHAT) insyaAllah...
wallahu'alam...wslm..




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.