Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku, juga tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi,
Dan Ya Allah...
Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Tetapi Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan,
Serta Ya Allah,
Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agarku bisa bahagia,
Walaupun tanpa dia disisi,
Dan Ya Allah,
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan itu,
Adalah yang terbaik buat diriku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini,
Cukuplah Engkau sahaja penjagaku,
Di dunia juga akhirat nanti,
Dengarlah permintaan dan rintihan hambaMu yang daif ini,
Ya Allah,
Jangan Kau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun akhirat nanti,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah padaku seorang kekasih,
Kekasih juga pasanganku,
Yang beriman dan beramal soleh,
Supaya diriku dan dirinya sama-sama,
Mendapat keredhaanMu Ya Allah,
Dan seterusnya dapat membina sebuah kehidupan,
Yang penuh aman sejahtera,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Serta kurniakanlah pada kami Ya Allah,
Keturunan yang soleh serta solehah,
Amin... Ya Rabbal A'lamin...




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.