Orang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan orang lain. Orang kuat ialah orang yang mampu menguasai dirinya pada saat marah.
Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan-agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua-duanya itu adalah anugerah Tuhan.
Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan.
nasihat murabbiku, Ustaz Ahmad Mahfuz Najhan :
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut. (amin..insyaAllah) ^^
InsyaAllah..syukran jazillan.wallahu'alam..




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.