Titipan Mahabbah Buat Kenalan Tersayang

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kini kami baru berusia 7 bulan, 2 minggu dan 5 hari (to be precise). Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Moga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke Jannah, diredhai Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kami jua. Moga hubungan ini beroleh sakinah mawaddah wa rahmah diiringi dengan mujahid serta mujahidah yang taat pada Allah dan ditetapkan iman kami hanya padaMu, Ya Khaliq. Amiin Allahumma amiin.. Thumma amiin.. InshaAllah.. 

Kami memohon sekudus doa dan ingatan dari kalian untuk terus mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga dan keseluruhannya, inshaAllah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan kami tika susah dan senang. Kalian lah hadiah dan anugerah terindah bagi kami. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian untuk kami. 

Buat mak, ayah dan bapak, terima kasih kerana merestui hubungan kami dan sentiasa mendoakan kami di sini. Kami sayang kalian dan semua kenalan kerana Allah. Moga Allah merahmati hidup kita semua. amiin.

Kepada sahabat yang sudi menjemput kami ke majlis walimah kalian, asif jiddan kerana tidak dapat menghadirkan diri saat ini. Terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat kami elakkan. Jauh di sudut hati ingin benar kami sentiasa ada bersama kalian di hari bahagia itu. Asif.. Semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke Jannah jua. amiin. 

Alhamdulillah, mujahid/mujahidah di dalam rahimku kini semakin membesar dengan sihatnya. Moga mujahid/mujahidah ini menjadi khalifah dan hamba Allah yang taat pada PenciptaNya, hormat orang tua, sopan dan baik budi pekertinya serta menjadi anak yang soleh/solehah jua hendakNya.. amiin.. inshaAllah. Mohon doa dari sahabat-sahabat untuk amanah kami yang bakal lahir tidak lama lagi. inshaAllah. Moga mujahid/mujahidah ini lahir dengan sihat sempurna dan baik akhlaknya. amiin.. inshaAllah. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kehadiran mujahid/mujahidah ini ke dunia. Ayuh bersama dan membantu kami dalam mendidik dan mentarbiyahkannya. inshaAllah.


Sekian dulu untuk kali ini. Wallahu'alam. Assalamualaikum.



*doakan kami*



>>SEBARKAN BAHAGIA<<


Antara sahabat dari UMK Jeli, Kelantan


Antara sahabat dari UTM Skudai, Johor

Buah hati kami dunia akhirat.

**Sedikit perkongsian gambar untuk tatapan sahabat.

2 comments:

  1. Dear cahaya muslimah ..awak baru berkahwin ea. Mabruk ! dan utk kelahiran yg bakal melihat dunia ini, semoga sihat walafiat di dalam rahim ummi ya . Moge kalian berdua diberi kekuatan dan dilindungi oleh Allah..Ameen .. :) .. Keluarga bahagia dunia n akhirat til jannah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alynn Azman : Amiin Allahumma amiin.. thumma amiin.. inshaAllah.. barakillahufik dear.. Syukran atas doa itu.. moga Allah redha jua.. inshaAllah.. love u! =)

      Delete

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram