Menang 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Assalamualaikum..

Apa khabar kesayangan semua? Moga sihat-sihat selalu hendakNya. Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan dan ruang untuk terus mengabdikan diri kerdil ini hanya padaNya. Syukur alhamdulillah. Pagi yang sungguh dingin lagi mendamaikan ini pasti memberi ketenangan pada setiap jiwa yang merasainya. Syukur alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga kepada Sang Ilahi yang masih sentiasa bersama dengan insan hina ini serta mencurahkan selautan kasih sayang dan dimurahkan rezeki kepada diri ini. Terima kasih Ya Rahman.

Alhamdulillah usai menguruskan suami pergi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga, saya meneruskan agenda hari ini dengan mengemas rumah dan lain-lain. Selesai semua urusan yang dirancang, mula dengan membuka laptop. Saja nak mencari ilmu dan mencuba. Melihat peti inbox di dashboard blog ni meruntun hatiku. Subhanallah. Alhamdulillah. Tak sangka, masih ada yang sudi membaca dan singgah di blog kecil ini. Sambil me'reply' satu-persatu mesej yang diberikan, terpandang kepada satu komen oleh Kak Fuza Musa. 

Peringatan buatku bahawa keputusan GA Sulaman Lace Heaven sudah diumumkan. Ok. Bismillah. Mencari nombor penyertaan di ruangan blog tersebut, dan alhamdulillah, blog ini disenaraikan sebagai pemenang GA tersebut. Syukurku ke hadrat Ilahi kerana mendapat rezeki sebagai saguhati ke 2 dalam GA kali ini. Terima kasih kepada Kak Fuza kerana menganjurkan segmen ini. Pertama, kedua waima last sekalipun bukan perkara utama, tetapi kegembiraan kemenangan dan rezeki yang diberikan ini sudah cukup bermakna dan memberi erti dalam hidupku. Syukur alhamdulillah. 

Saya terus menghantar mesej ke email Kak Fuza. Comel je. Laju betul Kak Fuza reply. Love u, sis! =) Moga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kita jua.. amiin.. Kini, sedang menunggu hadiah bagi segmen tersebut. Bismillah.. Syukur..rezeki anak lagi.. 

Alolo..sweetnye Kak Fuza dgn hubby dia.. Tetiba rindu plak kat suami sendiri.. hikhik ^_^


Terima kasih sudi meluangkan masa untuk blogwalking di sini.


>> jgn lupa follow & tinggalkan jejak anda di sini. Tq

12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. tq a lot.. =) tq sudi singgah blog ni..

      Delete
  2. berblogging waktu pagi-pagi memang best, tapi jarang dapat respon yang cepat macam tu :P
    Nampaknya kena juga lah letak widget chatbox ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kan..kan.. cepat2.. buh widget tu.. ^_^ tq sudi singgah sini

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah.. tq a lot! tq sudi singgah blog ni.. =)

      Delete
  4. Alhamdulillah..Tahniah sis :)
    Tq sudi singgah dan join GA kerdil tu :)
    Tunggu hadiah k :)

    Kagum jap ada entry macam ni ..
    hug hug hug

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.....tahniah dear! moga lepas ni makin banyak lagi ga yang ain menang..amin=)

    ReplyDelete

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram