Adab Berhadas

Assalamualaikum..


Hai kesayangan! Hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang adab berhadas. Benarkah...


KENCING BERDIRI PENYEBAB SIKSA KUBUR??


Hati-hatilah dalam membuang air kecil kerana ramai orang terseksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.


Yeke??


Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."
[Hadith Riwayat Muslim]

Ibnu Abbas r.a. mengisahkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melintasi dua makam, lalu baginda berkata, "Sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka berdua diseksa bukan disebabkan melakukan dosa besar. Salah seorang dari mereka diseksa kerana tidak sampai kebersihannya saat bersuci dari BUANG AIR KECIL.


Dalam kisah lain..
Seorang perempuan Yahudi menemui Aisyah seraya berkata,"Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan air kencing." Mendengar perkataannya, Aisyah berkata, "Engkau bohong." Perempuan itu menjelaskan, "Kerana air kencing itu mengenai kulit dan pakaian."

Saat Rasulullah keluar untuk mengerjakan solat, baginda terdengar perbalahan mereka, Melihat ketegangan itu Rasulullah saw bertanya, "Ada apa ini?" Aisyah pun meceritakan kepadanya apa yang telah dikatakan oleh perempuan Yahudi tadi..
Rasulullah pun bersabda, "Dia bercakap benar."

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Nauzubillah min dzalik, ternyata perkara kecil saja boleh menyebabkan kita mendapat siksa kubur. Banyak orang memandang remeh bersuci selepas buang air kecil (kurang bersih bahkan tidak bersuci sama sekali), padahal hal yang remeh itu boleh menjadi malapetaka ketika kita masuk ke Alam Barzakh.

Ya Allah, lindungi kami semua dari seksa neraka, seksa kubur, fitnah
dunia & alam barzakh dan fitnah yang ditimbulkan oleh dajjal...
Aminnn...


JOM MUHASABAH DIRI..

INGAT MATI..



Wallahu'alam..


CP dari FB.


*doakan untuk kami juga*


Terima kasih.


Salam Jumaat yg barakah..


Jom solat dhuha & baca Al-kahfi!




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram