Gugur ke Bumi

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari kedua untukku dan sahabat-sahabat yang lain ber'perang' dengan final exam.. Doakan kejayaan kami ya.. amin.. =) Bismillahirrahmannirrahim..... Seperti biasa, melepaskan keluhan paling berat dalam hati ini, kuteruskan langkah menuju ke dewan peperiksaan. Debaran dalam hati kian kencang pabila langkah terakhirku terhenti di depan muka pintu DK1. Allahu Rabbi! Permudahkanlah.... 


Hari ini.. tidak seperti hari sebelumnya.. perasaanku lain sekali.. tidak kutahu apakah sebabnya.. Coretan kali ini bukanlah untuk berkongsi pengalaman mahupun situasi bagaimana menjawab soalan peperiksaan tadi.. tetapi.. lebih kepada.. rasa hati ini..


Jam menunjukkan pukul 4 petang, waktu Malaysia.. Allahu Allah! Apakah juga yang merunsingkan fikiranku ini.. Apalah jua yang sedang bermain dalam kotak ingatanku ini.. Permudahkan..permudahkanlah Ya Rahman..


Sedang aku bergelumang dengan perasaanku sendiri.. Ku terpandang wajahnya.. wajah yang tidak berapa kukenali.. perkenalan kami bermula pabila si dia menegurku beberapa bulan yang lalu.. itulah pertama kalinya.. keramahannya, senyumannya.. melontarkan selautan kasih sayang kepadaku.. walaupun itu barulah pertama kali kami berjumpa dan berkenalan.. 

Tetapi hari ini.. ku terjumpa dengannya sekali lagi.. peluang untuk kami bertegur sapa sangat tinggi.. Ya Allah! Kuatkanlah hati ini.. ku mohon.. =(






Nah! Tepat sangkaanku.. Dia menegurku lagi.. Dengan senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, membuatkanku rasa bahagia dan tersenyum kembali.. itulah dia Dr. Shafiqur yang kukenali..Bukanlah siapa-siapa, tetapi dialah orangnya!  


Tatkala aku merasakan sukar menjana idea untuk menjawab soalan itu.. Senyumannya membuatkan aku bersemangat kembali.. satu rasa yang sukar kuhujahkan.. ya, dia bukanlah pensyarahku.. tapi, cara dia menegurku dulu, ku dapat rasakan kasih sayang seorang ayah.. huhu.. Ayah, sungguhku rindu! T_T 


Air mataku mengalir lagi.. 




Ku terus melayang jauh dalam situasi itu.. air mata kian jatuh tatkala ku merasakan, masa berlalu sangat pantas! tercungap-cungap diri ini nak mengejar masa yang berlalu.. Allahu akbar! Letih, tapi itulah realitinya.. masa untuk aku terus bergelak-ketawa bersama mereka.. masa untuk kami makan bersama, bergurau senda bersama.. Allahu Allah! Ku pasti rindu.. ku cari kekuatan itu dan ku berjaya memberhentikan lamunan panjangku bersama-sama dengan titisan air mata tadi.. 




"Allah pasti dengar.. Allah pasti faham.. " detik hatiku.








Sahabat-sahabatku sekalian..

Walau di mana jua kalian berada selepas ini..

Jangan pernah lupa akan daku..

Doakan untuk kita semua..

Kerna ku tahu.. 


Ku pasti amat merindui kalian...

Pasti!!





Kalianlah teman terbaik dalam hidupku...




Terima kasih, sahabat!




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram