Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. kian hari kian dekat.. untuk pengakhirannya.. insyaAllah.. masa yang ditunggu, terasa sangat sekejap.. sesak juga nafasku mengejar, dikejar dan terkejar.. Oh! Moga Allah permudahkan.. amin.. =)
Hari-hari yang dilalui, penuh dengan warna-warni.. kadang kala aku menitiskan air mata.. kadang kala juga aku terasa amat gembira.. semuanya silih-berganti..
Apa yang kurasakan hanyalah satu perasaan.. yang mana, mungkin hanya aku yang merasakannya.. mungkin juga ada orang lain yang turut terasa.. erm.. entahlah.. mungkin mainan hidupku semata..
Garisan merah di dinding kamarku menyatakan masa itu kian tiba.. masa yang kuharapkan bakal menjelma.. Oh Ya Allah! Kuatkan hatiku!
Beberapa hari ini, berbagai ragam dan ujian yang menjengah kamus hidupku.. ujian yang pasti akan kurindui selepas ini.. sob..sob.. T_T
Dua hari ini juga ku menerima sedikit cubitan mesra dari Allah.. demam datang kembali.. bak kata Ezzah, 'bukan ke baru ni ain baik demam.. ni demam lagi?' katanya lagi, 'ain dah makan ubat? ke ain dah tidur?' Allahu Rabbi.. tersedu-sedan aku dibuatnya..
Menerima panggilan daripada mak pula siang tadi menambahkan kegusaran di hati.. 'Dah makan ubat, dik? Setiap kali nak exam,adik mesti demam. Jaga diri leklok.' huhu.. mak mana yang tak tahu apa-apa.. Dia yang melahirkan kita.. 9 bulan dia mengandungkan kita. mustahil dia tak tahu!
Sahabatku Nurul yang jauh di rumahnya.. 'Sayang, awak buat ape/' beberapa hari kemudian, kumengadu padanya tentang keberadaanku di sini. huhu.. dan pagi tadi ku mendapat khidmat pesanan ringkas daripadanya. 'Rindu saya tak?' Ah! Mana mungkin aku tidak rindu! Kalaulah rumahmu itu dekat saja dari sini, hari-hari ku ulang-alik, kamu tahu??! wuwu~
Seorang-seorang bersilih ganti.. melampiaskan kasih sayang mereka kepadaku.. terima kasih semua.. walaupun masa ini kian singkat.. tetapi, ketahuilah, kasih sayang dan cintaku pada kalian tetap utuh, tetap sama seperti dulu dan untuk selamanya.. insyaAllah.. ku janji!
Esok paper kedua terakhir dalam medan perjuanganku di sini.. empat tahun yang dulunya kurasakan lama, sebenarnya, tinggal berbaki kurang dari seminggu sahaja lagi.. Allahu Allah! Kuat! Kuat! Kuat! We can do it!
mungkin..jika satu hari nanti Allah menjemputku kembali, aku rasa cukup bahagia.. aku sangat beruntung dan bersyukur.. kerana Allah hadiahkan kepadaku semua yang indah-indah..semua yang sangat-sangat menyayangiku.. Terima kasih Allah!
*lap air mata sendiri*
Doakanku dan sahabat-sahabat yang lain agar dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab soalan dengan tenang, tepat dan cemerlang.. amin.. insyaAllah.. Ma'attaufiq wannajah fil imtihan.. wallahu'alam.
Assalamualaikum..





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.