Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pagi ini.. kurasakan sejuk hingga ke tulang.. alhamdulillah.. masih lagi Kau hadiahkan nikmat rasa ini kepadaku.. Terima kasih, Ya Rahman.. =) Pagi ini kurasakan nyaman dan tenang sekali.. alhamdulillah.. apa yang kuhajati kian lama kian menjadi.. kusematkan dalam hati supaya mampu terus bersabar.. alhamdulillah.. Allah hadiahkan anugerah yang tidak terhingga untuk si hati kerdil ini.. Terima kasih, Allah!
Kumulakan hari dengan basmallah.. penuh pengharapan agar Dikau mempermudahkan urusanku sehari-harian.. insyaAllah.. masalah dan gelodak jiwa yang membelenggu beberapa hari ini sudah bertemu dengan jawapannya... Alhamdulillah, syukur.. Semuanya keranaNya.. malu juga pabila titisan air mata gagal kutepis.. hmm.. berat sungguh rasa di hati.. kufikirkan diriku ini sudah 'badang'.. kuat untuk menghadapi segala ujianNya.. Alhamdulillah, Dia sudi mendengar rintihan di hati ini.. ku sungguh bahagia! =)
Detik ini kubulatkan tekad untuk berusaha sedaya mungkin.. mencuba sebaik mungkin.. bergerak atau mungkin berlari sekuat mungkin.. untuk menghadapi hari-hari mendatang.. insyaAllah dengan izinNya.. perkenankanlah Ya Allah.. huhu.. Jauh di sudut hati..ku pasti merindui detik ini.. detik yang sangat bermakna dalam hidupku.. ops! hati.. kuat! Kuat! kuat! ^_^ insyaAllah.. innallaha ma'ana..
cc to my beloved Nurul Nadiah kerana telah menghadiahkan sekuntum senyuman semanis drumstick kepadaku semalam.. ihik2! walaupun impianku tidak tercapai seperti apa yang dihajati, alhamdulillah, ianya cukup membuatku tersenyum terharu dan rasa nak berlari laju-laju dan peluk kamu... terima kasih, sayang.. terima kasih cinta! ^_^
wallahu'alam.. Assalamualaikum...






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.