Pelayaran alam kehidupan, tidak pernah sunyi dengan
ujian.. Ujian hati, ujian persahabatan, ujian rumah tangga dan bermacam lagi
bentuk ujian, yang mana semuanya mematangkan kita.. ingin diuji tahap keimanan
dan kesabaran kita dalam menempuhi sedikit cuma cubitan kasih sayang dari
Ilahi.. Subhanallah! Sungguh Allah sangat menyayangi kita kan? =)
Hari ini merupakan hari kedua ku diuji dengan masalah
kesihatan.. Bengkak di mata kananku masih belum pulih lagi.. badan panas sudah
mula sembuh.. Alhamdulillah.. Ku tidak tahu mahu dirujuk kepada siapa lagi.. Ku
mencuba untuk menggunakan stok ubat yang ada di dalam almari.. tetapi, apakan
daya.. bengkak mata masih belum mahu susut lagi.. gigitan serangga malam
semalam menyebabkan makin lama mataku menjadi kabur.. dek kerana tidak mampu
membuka mata dengan sempurna. Ku tekad pergi ke klinik atas nasihat mak yang
jauh di kampung.. Maafkan daku kerana telah membuat kalian risau di sana..
huhu..
MA menasihatkan daku supaya jangan gunakan ubat yang
telah diberikan oleh doktor yang dulu.. kerana kemungkinan sakitnya berbeza..
Beliau memberikanku pil untuk dimakan satu kali sehari.. setelah makan makanan
tengah hari yang telah dibelikan oleh Ezzah, kutelan sebiji kapsul bengkak mata
dan sebiji kapsul ubat selesema.. dan akhirnya, boleh kata seharian ku hanya
terkujur di atas pembaringanku itu.. huhu.. T_T tiada apa yang mampu kulakukan
kerana dos yang diberikan sangatlah kuat dan ku terlalu lemah untuk
melaksanakan tugasku yang setelah sekian lama tertunda itu.. hmm...






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.