Hari ini kabus amat tebal sekali. Ku terjaga awal.
Cuaca sangat sejuk.. Suhu mencecah 12-14 degree Celcius. Ku bergegas ke bilik
air dan bersiap untuk solat subuh. Pagi itu ku pakat bersama yang lain untuk
turun awal kerana ingin merakam memori-memori indah tika di Cameron Highlands..
wah! bahagia sekali! Sangat jeles! Bunga-bunga kembang mekar sekali... Oh, ku
sungguh teruja! Nak duduk Cameron la macam ni.. hehe.. mengambil peluang mereka
yang sedang diulit mimpi lagi, kami berposing sakan di bawah apartment.
Sesekali pak guard risau dengan keterujaan kami, takut-takut kami memetik
bunga-bunga indah di situ.. masakan mungkin! Bukankah kamilah bunga-bunga indah
itu? Hahaha.. Ok, sila jangan perasan! =P
Dalam 20 minit kami berposing, makin lama makin ramai
yang turun.. Sedang asyik kami bergembira dengan keindahan alam itu
(Subhanallah!), tiba-tiba hp ku jatuh dari genggaman Aini.. Oh no! T_T Ayah
pasti marah... huuu.. Kukehilangan mood seketika.. terpalit sudah calar di
situ.. huhu.. sungguh ku tak gemar episod itu.. =( Tanpa bersarapan, kami
bergerak ke MARDI Cameron Highlands. Subhanallah!! Sangat cantik!! Terubat
sedikit kelukaan di hati ini.. Banyak sangat-sangat bunga di situ.. Bukan
setakat mekar, tapi variety!! ^_^ happy time! Ok, sorry.. saya sangat teruja
bila tengok alam.. tengok bunga.. tengok semuanya yang cantik.. laju-laju
masing-masing mengeluarkan smartphone, camera, dslr dan sebagainya.. Kami
berposing sakan untuk lebih setengah jam rasanya.. haha..
![]() |
| Kt sgt suka gmbr ni! =) |
Setelah sarapan pagi di cafe MARDI, kami berkumpul di
dewan untuk mendengar sedikit taklimat tentang MARDI dan lain-lain.. Sebelum
itu, ku terlihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sibuk menceriakan tanaman
di situ.. Ku sungguh kagum! Kalian memang hebat! ^_^ Mood keterujaanku terhenti
seketika tatkala ku bertanyakan sepatah dua kepada pakcik itu.. Mungkin dia
sakit perut kot! huhu T_T Lain yang ku tanyakan, lain pula yang dijawabnya..
malahan pula, aku turut dimarahinya.. hmm.. terdiam aku dibuatnya..
membuatkanku serik untuk bertanya.. Bad
day bagiku.. hmm... Sudah pula pagi tadi dimarahi oleh seorang sahabat,
gara-gara terlalu asyik berposing.. Salah kah?? =( OK! TAK ADA MOOD SUDAHHH! Ku
sungguh pelik.. kenapalah dengan manusia-manusia ini.. apakah salahnya jika nak
menegur sekalipun, biarlah berhemah.. tak perlu marah-marah mungkin.. kalau
dimarah bukannya makin jadi elok pun.. malah bisa bermasam muka sesama kita..
aduhh... mengapalah kalian ini tidak bisa sedikitpun melembutkan percakapanmu
itu demi kebaikan bersama?? Allah.. Allah.. Allah.. ampunkan khilafku...
Terima kasih kepada sayang-sayangku yang berusaha
memujukku dan menasihatiku sehingga ku tertawa dan kembali ceria.. Ku sangat
sayang kalian kerana Allah! Terima kasih semua... Assalamualaikum.. ^_^







No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.