Hari ini sedikit suram.. Selepas berdiskusi bersama
ahli kumpulan, ku bertemu dengan seorang sahabat.. Katanya kepadaku, 'Sayang,
Sal minta maaf tau. Hari ini hari terakhir Sal di sini.' Ku tergamam seketika.
Apakah maksud yang ingin disampaikan olehnya? Ku tidak mengerti, sayang.
'Kenapa? Sal nak pergi trip mana ni?' soalku dalam
pada tidak faham lagi situasi sebenar. 'Bukan sayang.. Sal extend sem ni. Sal
nak bangunkan Kelab Nutrisi di Shah Alam. Market kat sana makin baik dan
besar.' Jawabnya.. Oh, begitu rupanya. Baru ku fahami maksudnya itu. Ku
melampiaskan rasa kasihku yang tak terhingga dalam pelukan kami untuk terakhir
kali di sini, mungkin.. huhu.. InsyaAllah kita bertemu lagi, ye sayang... huk!
T_T
Ku menjadi tidak keruan.. betulkah ini semua terjadi?
Atau aku hanya sekadar bermimpi? Oh, tidak mungkin! Mimpi atau tidak, ini
semuanya telah berlaku.. dari kejauhan ku dengar tayar bas bergolek.. makin
lama makin dekat.. Oh tidakk!! Ku bergegas mencari barang di almariku.. tiada
kujumpa yang sesuai untuknya.. akhirnya, ku gadaikan jua broodge kesayanganku
untuknya.. orang kata, kalau kita bagi barang yang kita sayang, lagi bermakna..
kan? ^_^ Ku lajukan langkahku untuk bertemu dengannya semula.. Alhamdulillah,
bas masih berada di situ.. Kelihatan sahabat-sahabat yang lain turut berada di
tepi bas. Ku usulkan untuk bergambar bersama. Alhamdulillah, usulku berjaya!
Yahoo... hehe..
Sebelum menaiki bas, ku panggil namanya kembali.. Ku
peluk dia seerat mungkin.. Tanpaku sedari, air mata membasahi pipi.. huhu..
mujurlah tika itu adalah waktu malam.. Kurang sedikit rasa malu.. hehe.. Dia
sungguh terharu dengan pemberianku.. Sayang, ku sangat rindu kamu! Ku sayang
kamu kerana Allah! Jaga diri elok-elok ye sayang.. =)
Kusemat pesannya elok-elok.. 'Nanti jemput tau masa
nak kahwin. Jaga diri elok-elok.' InsyaAllah sayang.. Terima kasih kembali...






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.