My Caliph

Assalamualaikum..

Sobahul khoir... Hee.. rindu plak nak bercakap arab.. Lama dah rasanya tinggalkan kelas dan pengajian.. huhu.. Hari ini kita senyum! Sebab apa? Sebab nak pergi klinik kesihatan. hee.. Dah selesai segala urusan perpindahan rumah kami yang ketiga kalinya.. Allah.. Maafkanku ya habibi.. =(

Kami kelewatan ke KK dek kerana 1st time. Tak kusangka, begitu ramai sekali orang yang datang. Rupa-rupanya bahagian ibu mengandung memang macam ni. hehe.. Sorry, 1st time. =D

Hari ini anakku sudah tiga bulan lebih. Dalam hati berdebar juga. Sebab mak cakap, kalau register lambat ni, biasanya kena marah dengan KK. Fuh! Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma urusan pendaftaran di kaunter pertama sangatlah lama. Huhu. Biasa lah kan.. Tunggu je la. Alhamdulillah, pihak KK sedang dalam proses peningkatan kualiti perkhidmatan dan membahagikan kaunter mengikut kawasan perumahan. So, lebih terurus la lepas ini. InshaAllah. =) Keep it up!

Bestnya rasa bila dapat nurse yang sudah berusia, dalam erti kata lain, dah bergelar IBU. So, lebih selesa dan selamat. Eceh! Betul la kan? Bila dengan orang yang lebih berpengalaman ni, feel nya lain sikit. hehe.. Serius! Nurse ini sangatlah berhemah dan lembut tutur kata. Tenang je anak dalam kandungan ini.

Pesan nurse tersebut, kali pertama dia akan ajar apa yang perlu dilakukan setiap kali pemeriksaan dijalankan.. Selepas ini, untuk appointment seterusnya, ibu kena buat sendiri ya.

IBU???

Ya, IBU! Saya bakal menjadi ibu.

Kekok juga pada awalnya. Yelah kan. 1st time. Kadang-kadang saya jadi confius bila nurse membahasakan diriku sebagai ibu. Selalu rasa macam dia sedang mempersoalkan atau berbicara tentang ibuku yang kupanggil mak. hehe.. Comel je! ^_^

Perjumpaan dengan doktor lebih mendebarkan. Tak tahu apa yang bakal disoal nanti. Nampak pula doktor not so in good mood. Adeih. =.= Scary mak oi! Alhamdulillah, semasa di dalam bilik doktor, she's in good mood.. better than before. Syukur... Doktor scan kandunganku. Teruja seketika. Kesian suamiku yang tidak dibenarkan untuk bersama ketika pemeriksaan dilakukan.. Kalau swasta, mesti dia dapat masuk. Kesiannya.. Sorry! ^^

Suamiku jeles pabilaku maklumkan padanya bahawa doktor melakukan scan ke atas perutku.. heheh. Nasib baik doktor bagi gambar yang sudah discan tadi. Dapatlah pujuk sedikit hatinya.. alolo.. =) Suamiku tersenyum panjang.. Dia menghela nafas lega.

Alhamdulillah.. semuanya dah selesai. Masa untuk menjaga kesihatan diri, suami dan kandunganku ini. Makan makanan yang berkhasiat. Makan ubat yang diberikan oleh doktor. Amalkan gaya hidup yang sihat. Mulai hari ini, bermulalah kisah hidupku yang bakal bergelar ibu selepas menjadi isteri kepada suamiku.. amiin.. inshaAllah.. doakan kami ye. Syukran!

**tetiba rasa nak anak kembar.. Ehik!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram