Assalamualaikum...
Selamat pagi kesayanganku sekalian! Hehe.. Hari ini terasa happy sangat. Alhamdulillah, hari ini genap setahun lagi peningkatan dalam angka umurku menjadi dua puluh empat. Syukur Ya Tuhan.. Terima kasih kerana mengizinkanku merasai nikmat hidup, iman dan terus beribadah kepadamu.. alhamdulillah... Mak dan ayah dah merafakkan kesyukuran dan membuat ucapan awal sehari dari tarikh. Comel sangat! Masing-masing berebut nak menjadi orang yang pertama yang wish.. hehe.. sanggup mak mesej awal sehari supaya tak kalah dengan menantunya.. hihi.. lawak sungguh!
Suamiku pula.. alahai.. comel je.. kusangkakan dia terlupa akan tarikh kelahiranku seperti tahun sebelumnya. Yelah kan. Tepat jam 12 tengah malam, dia sudahpun dibuai mimpi. Saya hanya membatukan diri pada malamnya kerana saja nak uji sama ada dia ingat ataupun tidak. Bangun di awal pagi, dia mencebikkan bibirnya. Alolo.. haha.. Dia baru tersedar, dia tertidur semalam. Puas dia genggam hp di tangannya, kononnya dia lah yang pertama sekali yang akan wish.. hehe.. tapi dia tetap menjadi orang pertama kerana sesedarnya daku dari lamunanku, dia terus melahirkan kesyukuran atas kelahiranku pada masa itu. Ku tersenyum bahagia. Terima kasih abang! ^_^
Seperti yang sebelumnya, sahabat handai juga tidak kering dengan ucapan dan nasihat buat diriku ini.. terima kasih semua! Love you'll!
Semoga dengan pertambahan umur ini, segala amalan dan ibadahku diterima dan diredhai Allah jua.. amiin.. inshaAllah.. Ya Allah, syukran untuk segalanya..
Suami mengajakku ke klinik swasta berdekatan untuk memeriksa kesihatan kandunganku ini. 1st time nak scan.. Allah! hehe.. Mendengar degupan jantung caliph ini melalui mesin membuatkan air mataku mengalir tiba-tiba. Allah! Allah!
Segala rasa bercampur baur di benakku ini. Tak sangka dan dalam masa yang sama, sangat bahagia! Mengimbau kembali rasa bagaimana mak mengandungkanku, melahirkan dan membesarkanku. Baru kini ku sedar semua rasa itu. Rasa menjadi seorang ibu. Rasa mempunyai anak.. Sebagai teman sepanjang waktu.. Allahu.. Sungguh nikmat itu yang sangat membahagiakanku!
Hari kelahiranku tidak seperti tahun-tahun sebelumnya dengan hadiah-hadiah daripada sahabat-sahabat. Tahun ini lebih lagi. Tahun ini hadiah cukup bermakna bagiku. Kusudah bergelar seorang isteri, zaujah kepada suamiku.. Alhamdulillah.. Terima kasih mak dan ayah kerana telah sanggup bersusah-payah untukku selama ini.. Sedih dan hiba juga di hati ini tatkala tidak mendapat kucupan kasih sayang daripada mak dan ayah di pagi hari kelahiranku seperti tahun sebelumnya. Sudah mengikut dan berada bersama suami kan.. hehe.. (lap air mata sendiri) =P
Jum kita teman suami kita. Pergi kerja dan kemudian makan tengah hari bersama. Allah! Terima kasih tidak terhingga. Syukran Ya Allah atas segalanya yang Engkau hadiahkan kepadaku, kepada kami, kepada semua..
**semangat pulak tetiba.. Moga jadi anak yang soleh dan solehah ye.. amiin....







No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.