Assalamualaikum w.b.t. Salam
hormat.. Salam kemajuan.. Salam persahabatan.. Apa khabar sahabat-sahabat dan
teman-teman seperjuangan sekalian? Diharapkan semuanya baik-baik sahaja..
Alhamdulillah saya di sini turut bersyukur kerana masih lagi bisa menghirup
udara yang menghembus dan melihat ciptaan Ilahi yang sungguh mengkagumkan..
insha Allah hari ini akan saya cuba kupaskan dan kongsikan sedikit motivasi
yang digarap daripada buku inspirasi berjudul
Kujemput jodohku..
"Jika BUKAN dia yang tercipta
untukku, sentiasa ingatlah pada kekurangan dirinya."
Nampak keras dan begitu tegas ayat
itu. Ya! Tegas bagi membina kekuatan diri dan jiwa mana-mana yang masih runsing
atau dilema atau juga bersedih atas kehilangan pasangan yang tidak tercapai
hajatnya. Orang dulu kata, "pelamin anganku musnah?". Haa, begitulah
kononnya gambaran yang diberikan kepada mereka-mereka yang kecundang dalam
percintaan.
Kenapa perlu bersedih? Kenapa perlu
meratapi? Kenapa bayangannya masih menghantui kita? Kenapa kita masih begitu dan
begini? Kerana kita tidak bersyukur dan masih belum cukup berlapang dada dengan
kehendak dan ketetapan yang Maha Esa. Kerana Dialah yang sebaik-baiknya
Pencipta dan Maha Mengetahui. Abdullah bin Mas'ud menasihatkan, "Apabila
kamu kagum dengan seorang wanita, ingatlah segala kekurangannya."
Kerana apa? Ini bukannya satu sikap
prejudis atau mencari aib seseorang tetapi ini merupakan satu langkah atau
nasihat di mana untuk menghalang kita supaya tidak terus dibuai mimpi dan angan
yang tak sudah, supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona zahir dan gelojak
nafsu sehingga menjadi bahan mainan syaitan laknatullah!
Rasa cinta memang saya akui bukan
mudah untuk dilupakan apatah lagi dihapuskan. Begitu juga kisahnya apabila
cinta pertama yang menjadi taruhan. Masakan tidak! "Bercinta bagai nak
rak", orang dulu kata. Mandi tak basah, makan tak kenyang. Allahu akbar!
Bangkitlah wahai jiwa-jiwa yang
soleh dan solehah.. Bangunlah dari lamunanmu.. Ingatlah kebesaran Penciptamu..
Yakinilah akan janji-janjiNya. Rasullullah s.a.w. berkata, "Wanita itu
dinikahi kerana empat perkara, iaitu kerana kecantikannya, keturunannya,
hartanya dan agamanya. Maka, pilihlah akan kamu yang beragama sesungguhnya kamu
sangat beruntung," (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Kenapa kita hendak risau? Kenapa
hati masih gundah-gulana? Yang ada di depan mata, yang telah dianugerahkan
kepada kita, maka hargailah.. setialah.. bersyukurlah! Kerana sesungguhnya apa
yang tidak tertulis untuk kita itu, bukanlah yang terbaik untuk kita. Yakinilah
Dia kerana Allah tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji-janjiNya.
Akhir kalam, saya petik daripada
pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya iaitu "Wahai anakku, sekiranya ada
sesuatu yang menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakan dalam hatimu,
itu adalah yang terbaik untukmu." insha Allah, biiznillah.. Wallahu'alam.
*Segala coretan adalah sedikit
perkongsian ilmu hasil daripada pembacaan saya. Jika ada yang tersilap kata
ataupun tersalah bicara, harap diampunkan. Semua yang baik itu hanya dari yang
Maha Esa. Sama-sama kita hayati dan muhasabah diri untuk peningkatan jati diri
dan keimanan yang terus utuh dan istiqamah dalam medan ini, insha Allah. Doakan
untuk diri saya, diri anda dan semua muslimin muslimat. Sekian. Assalamualaikum
w.b.t.





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.