ANAK-ANAK CERDIK

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Semoga kita semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah jua. amiin.. insha Allah.. hari ini saya akan kongsikan sedikit bicara hati yang membuatku berfikir panjang dan mengelamun jauh juga.

Kisah ini adalah antara dua orang kanak-kanak yang masih kecil lagi.. dalam lingkungan antara 4-7 tahun. Ketawa kecil juga saya mendengarkan perbualan di antara mereka. Kisah ini biasa-biasa sahaja, cuma kadang kala merenggut jiwa dan segenap rasa di hati, apakah yang akan berlaku? Mari kita sama-sama fahami kisah ini.






A : Jum kita main notebook.
B : Wah! Notebook ni ape?
A :  Tulah kau tak tau. Notebook ni macam laptop lah. Komputer.
B : Ow. Bapak kau belikan ke? Berapa harganya eh?
A :  Yelah. Bapak aku bagi. Harganya tak mahal gak. Dalam 200 300 camtu.
B : Ow, tak mahal jugak kan. Notebook ini dibuat daripada ape hah?
A : Ala.. entahlah. Ni aluminium. Besi skit.
B : Wo! Dia guna enjin ape hah?
A : Eh! Ni enjin bagus punya. Mahal ni. Tu yang kalau aku main lumba kereta, laju gila!
B : Yeke? Power ah camtu. Bak sini aku nak try.
A : Eh, tak boleh lah. Aku nak main dulu.


Sekian...


Kanak-kanak zaman sekarang. Semuanya di hujung jari. Kalau kita sorotkan pandangan di mana-mana sahaja, di tangan kanak-kanak sudah semestinya handphone yang canggih, tablet yang tak pernah renggang dalam genggaman. Fuh! Mengucap sekejap. Ya Allah, peliharalah zuriat-zuriatku daripada diterjah oleh arus modenisasi yang bisa memusnahkan jiwanya dan zamannya secara perlahan dan senyap-senyap. Allahu Rabbi!

Alah! Kau tu tak moden lah. Kampung betul. Ya! Memang aku anak kampung. Anak kampung yang masih kenal asal-usul dan tahu membedakan. Walaupun aku dibesarkan dalam serba sederhana, tetapi alhamdulillah, aku masih mampu hidup, masih mampu belajar, masih mampu mengetahui. Tidaklah ketinggalan pun.


Kisah ini tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah tiada. Hanya sedikit bingkisan yang ingin dikongsikan untuk tatapan semua. Sedikit cerita yang diulang tayang daripada drama-drama (ecewah!) dan sewaktu dengannya. Wallahu'alam. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan yang tidak seberapa ini. Huhu. Assalamualaikum w.b.t. Salam perjuangan. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram