Perempuan yang bernama ISTERI

Assalamualaikum..

Suami dan isteri, berpadu tenaga untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia iaitu sakinah, mawaddah wa rahmah. Seorang suami memperisterikan seorang isteri dengan rasa penuh keikhlasan, kesyukuran dan turut memikul amanah yang berat. Kerana dikau sanggup menerima amanah ini dengan rela.. Sabarlah demi mengecapi anugerah Allah yang tidak terhingga untukmu kelak.. insha Allah.. saksikanlah...


Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang sahabat dari KMPP di blognya.. 
"Ukhti, izinkan saya menyalin semula kisah ini ya." =)







Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan. 

PENCERAMAH : "Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH : "Sekarang, silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya." Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi", sehingga tinggallah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut. 

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi.” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “Silakan padam 1 nama lagi!”. Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi." Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. : "Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.” 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab: "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin, setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 


Allahu!











*nanges*



Semoga kita semua boleh mengambil hikmah daripada kisah di atas.


wallahu'alam..



Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram