Suatu hari seorang wanita datang bertemu Rasulullah SAW. "Ya Rasulullah, suamiku dalam sakaratul maut,' ujarnya sedih. Baginda mengenali suami wanita itu. Namanya Alqamah, seorang pemuda yang terkenal dengan kuat beribadah dan banyak bersedekah.
"Pergilah lihat Alqamah. Perhatikan bagaimana keadaannya," suruh Rasulullah SAW kepada Bilal, Abi bin Abu Talib, Salman al Farisi dan Ammar bin Yassir.
Sampai di rumah wanita itu, para sahabat terus membacakan syahadah di cuping telinga Alqamah. Tetapi Alqamah gagal menyebut kalimah tersebut. Ini mencemaskan para sahabat. Mereka bimbang lelaki itu akan berhadapan dengan nasib yang buruk di akhirat kelak jikalau dia gagal mengucapkannya sebelum meninggal dunia.
Bilal segera bertemu Rasulullah SAW. Lantas Baginda bertanya, "Adakah ibu bapanya masih hidup?"
"Bapanya sudah meninggal, tetapi ibunya masih ada. Dia sangat tua." jelas salah seorang tetamu yang hadir di situ.
Rasulullah SAW terus memanggil ibu Alqamah. Baginda bertanya tentang Alqamah. Kata wanita itu, anaknya Alqamah kuat beribadat dan suka menderma. Tetapi dia amat marah dengan Alqamah kerana terlalu mencintai isteri berbanding dirinya sebagai ibu.
Mendengar cerita itu, Rasulullah terus memerintahkan agar disediakan kayu api untuk membakar Alqamah. Tetapi apabila ibunya sedia memaafkan Alqamah, Rasulullah SAW kemudian menegaskan bahawa sekiranya seorang lelaki yang melebihkan isterinya berbanding ibu kandung, maka segala amalan wajib dan sunat yang dikerjakan akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.
Alqamah dikhabarkan berjaya mengucap kalimah syahadah hanya selepas dia dimaafkan ibunya. Renungkanlah bagaimana sekiranya dosanya tidak sempat dimaafkan. Ia seharusnya menimbulkan keinsafan di dalam hati setiap mukmin baik lelaki atau wanita.
wallahu'alam.
** sedikit cebisan akhbar yang dijumpai untuk renungan dan amalan bersama.
Maafkan salah silap saya dan keluarga jika ada terkasar atau tersilap kepada anda semua. Assalamualaikum.
Salam Ramadhan 1434H.





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.