Gelodak jiwa melanda pemuda pemudi
Pelbagai ragam dilihat hari ini
Keserabutan disimpan jauh di lubuk hati
Ada juga yang meluahkan tanpa henti
Ada pula yang kecewa hingga memusnah diri
Tidak kurang juga yang pandai mengemudi hati
Mungkin bukan semua yang mengalami
Tetapi takut-takut dialami suatu hari nanti
Ini sekadar coretan pesanan untuk ditatapi
Kepada mereka yang ingin mengerti
Yang telah dilanda, jangan membawa diri
Bukan diminta agar berlaku sebegini
Ini pilihan yang dibuat sendiri
Ibarat bermain api pasti terkena diri
Ada yang lebih teruk membakar diri
Pada ketika ini sedarlah kembali
Telah lama Allah SWT dilupai
Sedangkan DIA sentiasa di sisi
Segala yang terjadi biarkan pergi
Jadikan 'ibrah dan khibrah untuh hayat ini
Yang sedang hanyut, jangan merasa pasti
Apa yang sedang dilalui adalah ujian Ilahi
Mungkin bahagia di dunia yang fana ini
Takut derita menunggu di akhirat nanti
Tidak salah rasa saling mencintai
Kerana itu adalah lumrah hati
Namun salurkan ke arah yang diredhai
Melalui ikatan perkahwinan yang suci
Tiada apa yang dibuat bukanlah alasan dicari
Allah SWT berfirman Janganlah zina DIDEKATI!
Yang tidak mengalami pula, janganlah mencaci
Takut cacian bakal memakan diri
Nabi SAW bersabda dengan pasti
Jaga lidah dan tangan tanda muslim sejati
Gunakan kelebihan yang dimiliki
Untuk membimbing sahabat di sisi
Allah SWT mencipta kita pelbagai emosi
Untuk merealisasikan ikatan ukhuwwah sejati
Iman sempurna hanya dapat dikecapi
Rasa kasih kepada saudara sebagaimana diri dikasihi
cc : Ustaz Ahmad Zaki Amiruddin
sme2 doakan ye.. insyaAllah...
Assalamualaikum... =)





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.