Perempuan Vs Lelaki


Seorang lelaki yang soleh menilai wanita yang solehah dari pakaiannya sebagai syarat paling asas, manakala seorang wanita solehah pula menjadikan syarat berjemaah di masjid, suka untuk solat berjemaah di masjid sebagai asasnya. 


Kedua-duanya adalah penilaian awal sebelum penilaian kepada perkara-perkara lain seperti akhlak, tahap ilmu dan sebagainya. 



Mengapa dua perkara ini menjadi kriteria pertama yang dilihat?



Kerana, wanita yang sudah sempurna menutup tubuhnya dari pandangan bukan mahram, memberi gambaran ketundukan hatinya kepada suruhan TUHAN. Wanita yang taat pada perintah ALLAH,pasti juga mudah taat pada seorang suami. Itu asasnya.



Manakala, lelaki yang kerap berjemaah di masjid, sesukar apapun, pasti diusahakannya untuk hadir, menandakan dirinya sedang berusaha menjadi salah seorang daripada tujuh orang yang akan mendapat naungan ALLAH di padang mahsyar kelak. Seorang suami yang mengimpikan naungan ILAHI pada hari yang tiada naungan selain naungan-NYA, pasti juga akan berusaha agar isteri dan anak-anaknya turut merasai naungan yang sama di akhirat sana.



Alangkah bertuahnya!



(Ustazah Noraslina)



#saya juga menilai dia begitu dan semoga saya juga dinilai begitu. :) Allahumma amin...






amin... Allahumma amin..... insyaAllah... ^_^




kita doa sama-sama ok! =)


thanks....



Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram