HARI PONGGAL???

Assalamualaikum... izinkan saya tuk share sedikit sebanyak ilmu dan info tentang Hari Ponggal. Apa yang baik itu kita ambil, yang buruk itu kita tegur dan baiki.. insyaAllah.. sama2 renungkan dan amalkan bersama.. sebarkanlah pada sahabat2 juga teman2 yang lain untuk perkongsian bersama, insyaAllah...

Pesta Ponggal Masyarakat Hindu kembali.Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta ponggal.Perkataan 'ponggal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. Di pagi hari pada pesta Ponggal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu. Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan. Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari. Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan. Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik. Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia. Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. dipetik dari laman web kementerian penerangan malaysia: Pasal hukum menghadiri sambutan pesta ponggal, sesiapa yang lebih arif boleh tolong jelaskan.. tapi bagi saya, bnyk lagi cara nak memupuk perpaduan selain dari menyambut pesta ni...

Sekadar memberi sedikit pendapat. Sebelum saya membincangkan dan memperbahaskan isu yang dikemukakan ini adalah elok kita melihat beberapa dalil yang berkaitan: Firman Allah Taala bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah Taala itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia maka mereka melaluinya dengan cara menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan: ayat 72). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: (Setelah Rasulullah S.A.W. melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman Jahiliyah). Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir maka dia dikalangan mereka (orang-orang kafir). (Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruquthni). Berkata Saidina Umar R.A. bermaksud: Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah Taala) akan turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat al-Baihaqi). Dari dalil-dalil yang saya bawakan di atas dapatlah disimpulkan di sini bahawa tidak harus bagi seseorang muslim menghadiri atau merayakan/menyambut perayaan kaum bukan Islam (seperti Pesta Ponggal dan lain-lain lagi). Dan inilah pendapat kebanyakkan ulama. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) dalam kitab Subulus Salam amat keras dalam hal ini sehingga ia berkata: Sesiapa memberi hadiah kepada seorang kafir sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah. Saya melihat sambutan perayaan agama kaum bukan Islam seperti ini sedikit sebanyak boleh merosakkan akidah umat Islam yang meraikannya tanpa kita sedari. Kita semacam meredhai dan memberi izin terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang menyalahi syariat Islam dengan kehadiran kita. Pun begitu Islam tidak melarang kaum-kaum bukan Islam merayakan hari keagamaan mereka sesama mereka. Begitu juga halnya dalam isu kongsi raya di antara Islam dengan bukan Islam yang pernah diadakan oleh kerajaan Malaysia pada satu ketika dahulu. Dato Seri (Dr) Harussani Zakaria berkata adalah haram berkongsi raya seperti itu. Wallahualam.

Sedikit perkongsian dari sahabat2 yang lain pula berkata, seperti mana yang disebutkan oleh Ustaz Buluh tu, kalau kita nak meraikan perayaan mereka, atau mengagungkannya, maka jelas ianya haram. Namun begitu menghadiri majlis mereka pula, ada beberapa pendapat ulamak kontemporari. Dr. Muhammad Abu Faris di dalam Fatawa Syariahnya menyebutkan: Menziarahi orang Kristian hukumnya mengikut niat, tujuan dan matlamat. 1) Jika bertujuan untuk melakukan amar makruf dan nahi munkar, maka ianya adalah Sunnah Nabi. 2) Sekiranya menziarahi dengan tujuan untuk mengagungkan perayaan ini, maka ia adalah dilarang sekiranya perayaan ini ada unsur2 syirik dan perkara yg menyalahi syariat. 3) Adapun menziarahi perayaan kerana kemanusiaan ataupun atas dasar berbuat baik kepada jiran atau rakan maka ianya diharuskan. Hukum makan manisan mereka maka dibenarkan selagi mana bukan perkara2 yg diharamkan seperti arak. Begitu jugalah kita kiaskan dengan perayaan-perayaan agama lain. Wallahu A'lam

Niat memang sama sekali tidak menghalalkan cara. Namun begitu, qaedah menyebutkan juga, Al-Umur Bimaqasidiha, iaitu setiap perkara kita lihat juga niat, tujuan dan matlamatnya. Bagi kita yang mengetahui akan hukum, tanggungjawab kita untuk menyampaikannya kepada mereka yang tidak mengetahui. Wallahu A'lam.....

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram