GOTONG ROYONG MASJID RAFIQULA'ALA.... kini bermula....

heningnya suasana pagi di Pengkalan Nangka ini.. Subhanallah! indah sungguh ciptaanNya.. =)

ini ketika breakfast di masjid rafiqula'ala.. inilah aktiviti warga JT-UnIPeN yg kami terapkan dalam setiap program kami untuk merapatkan ukhuwah antara kami.. selalunya makan berjemaah dan sharing dalam talam.. ^^

inilah calon2 suami yang soleh lagi muslimin sejati.. rajin2 sungguh..

pagi itu kami mulakan dengan pengisian rohani iaitu ceramah sakaratul maut oleh Al-Fadhil Ustaz Burhan (pensyarah UMK).. syukran jazillan ustaz...

inilah antara peserta yang menyertai program ini... mereka berbincang bersama pengarah projek program iaitu akhi Arif untuk perjalanan program dan tindakan seterusnya..
alhamdulillah... kami hajat ingin masak bersama orang kampung, tetapi ada sedikit miscommunication.. so, xpelah.. kami lunch bersama orang kampung di wakaf kawasan perkuburan. alhamdulillah... indahnya ukhuwah kerana Allah.. tambah lagi kenalanku.. kenyang sungguh hari itu. muslimat ditugaskan untuk mencuci pinggan.. hanya kami berempat yang tinggal untuk menyelesaikan tugasan itu kerana bas yang kami gunakan perlu ke tempat seterusnya iaitu program CLS. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. moga Allah menerima segala amal kebajikan kita semua dan memberkati hidup kita..amin, insyaAllah.. alhamdulillah, feedback yang kami dapat selepas habis program ini sangat2 memberangsangkan baik daripada warga kampung malahan juga daripada peserta2 program jejak amal ini.. syukran jazillan... =)




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.