1) Cinta itu bersifat suci, indahnya tergambar dilubuk sanubari..Utamakan dulu Ikatan, InsyaAllah hubungan pasti semakin dieratkan..~Cinta dimadah tandanya ikhlas, keikhlasan hanya dari hati ke hati..Namun perlu diutamakan cinta Ilahi, InsyaAllah hubungan pasti kekal ke syurgawi..
2) Ibarat unta liar berlari2, walaupun sekadar untuk makanan diberi..begitulah juga pada insani, iman sudah terdakap didalam hati, namun masih belum jua untuk disyukuri, kerna habuan duniawi belum dijumpai, godaan nafsu menjadi tabir bagi hati. Bagaimana ingin Allah redhai, andai itulah diri sendiri.Kata inginkan cinta dari Ilahi, namun hati jarang syukuri.
3) Usahakan menjaga dirimu sebaiknya, peliharakanlah kemuliaan dan kehormatanmu sepenuhnya, kerana seorang insan dipandang bukanlah pada rupa mahupun harta, tetapi dilihatnya pada kesempurnaan budi pekerti dan adab kesopanan kerna disitulah cermin bagi setiap hati, tersematnya didalam jiwa.
4) Hidayah itu milik Ilahi, namun kita perlu ada usaha untuk mencari..Kerna Iman tersemat didalam hati, bukan tiada nilaian buat diri..Tiada makhluk Ilahi yang sempurna, melainkan Yang Maha Esa..Segala2nya terdapat didunia, hanyalah kurniaan dan milikNya..untuk kita hanyalah pinjaman, dimasa yang sama sebagai ujian..untuk akhirat sebagai bekalan~
5) Buat baik berpada-pada, jahat jangan sekali..Usah dinanti ajal hadir tanpa berbuat apa2, kelak menyesal dah sia-sia~..Inginkan pahala sangatlah mudah, mahukan dosa pastinya susah..Hati insan pasti mudah tergoda, andai iman kurang didalam dada..Inginkan iman tersemat didalam jiwa, sentiasalah dekat dan ingat pada Yang Maha Esa.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar~
6) Andai inginkan kebaikan untuk diri, fikirkan dulu amanah Ilahi yang diberi..Adakah kita menunaikan haq2Nya, atau sekadar memikirkan diri kita saja?Inginkan tercapainya impian dihati, namun tak ikut perintah Ilahi, ibarat hamba yang tak mensyukuri, malah menzalimi diri sendiri..Hayati dan fikirkan setiap yg bakal atau sudah terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya untuk direnungi~
7) Tiada nilai buat harta kekayaan, andai diri dalam kesombongan..Tiada guna amal kebajikan, andai dilaksana tanpa keikhlasan..Tiada harga maruah diri, andai sentiasa dalam kemaksiatan jauh dari Ilahi..Tiada dinamakan seorang muslim sejati, andai tidak wujud Ilahi didalam hati..Tiadalah kita didunia ini, andai tanpa rahmat dari Ilahi..Bersyukurlah setiap masa, kerna itulah dinamakan hamba pada Yang Maha Esa~
8) Tiada guna meninggi diri, andai penuh dosa dihati..Tiada nilai diri kita, andai tiada agama didalam jiwa..Apa gunanya berbangga diri, kerna semuanya bukan milik sendiri..Andai bukan kerana Ilahi, sudah pasti kita takkan merasai..Tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Esa..Tiada yang tak pernah buat dosa, melainkan Rasul junjungan kita..Sedarilah hati, hidayah adalah milik Ilahi~Pintalah padaNya, stiap masa & ketika~




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.