Artikel dari Pembuktian Tanda-tanda Kiamat

Siri 2 : Orang Minum Khamar Dan Menamakannya Bukan Khamar

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".

H.R. Ibnu Majah

Keterangan
Maksudnya, akan ada dalam kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Contohnya, kita pergilah ke mana-mana pasaraya. Kemudian, kita belek-beleklah mana-mana minuman atau ubat yang mengandungi 1%, 2% dan sebagainya. Seterusnya, kita lihat pula namanya yang pelbagai, tetapi sebenarnya arak/khamar. Lebih membimbangkan apabila orang Islam meminumnya atas alasan perubatan, menjaga kesihatan diri dan sebagainya.

Fikir-fikirkanlah

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram