Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia….
Allah S.W.T tahu bertapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih teras pedih….
Allah S.W.T sudah menghitung air matamu.
Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menuggu sesuatu dan waktu terasa berjalan begitu sahaja…
Allah S.W.T sedang menunggu bersamamu.
Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah S.W.T sudah punya jawapannya.
Ketika sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Allah S.W.T dapat menenangkanmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon….
Allah S.W.T selalu berada disampingmu.
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang….
Allah S.W.T mempunyai CINTA dan KASIH yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasanganmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tidak terbalas…
Allah S.W.T tahu apa yang ada didepanmu dan Dia sedang mempersiapkan segalanya yang terbaik untukmu.
Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan….
Allah S.W.T dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah S.W.T sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancer dank au merasa ingin mengucap syukur…
Allah S.W.T sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…
Ingat dimanapun kau atau kemampuan kau mengadap AllahS.W.T tahu…..
Sentiasalah bersama2 dgn Allah wlu apa jua yg kt lakukan...ikhlaskn hati dan yakin dgn-Nya..insyaAllah..
wallahu'alam...




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.