Salamun 'alaik!! Alhamdulillah...doaku termakbul jua...walaupun cara manual kurang berkesan, bertemu jua cara auto...syukran jazillan...ini yang kudambakan....marilah sahabat-sahabat menyertai group Usrah Anak Muda di laman FB,moga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan pengalaman juga menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini..insyaALLAH...InsyaAllah, mulai jika ada kelapangan, saya akan berkongsi sedikit sebanyak usrah kami di dalam blog ini...mohon tunjuk ajar dan respon daripada sahabat-sahabat sekalian jua... =)
Inilah bait-bait cinta dalam surat tersebut..
Salam Sahabat2 ...Tahniah kerana digerakkan hati untuk menyertai Group Usrah Anak Muda ini...diantara tujuan group ini adalah ;
1) Mencungkil bakat-bakat anak muda sebagai Naqib dan Naqibah yang berkelayakan
2) Menyebarluas ilmu-ilmu Islam dan jugaFikrah Falsafah perjuangan Islam selari dengan hasrat anak muda yang fitrahnya ke arah kebaikan dengan bahasa santai dan rileks tetapi kesan kepada jiwa
3)Mempromosikan aktiviti - aktiviti Usrah di kawasan berhampiran agar kehadiran anak muda dapat dipertingkatkan
4) Memberi imej positif kepada masyarakat bahawa anak muda bukan untuk dilebel sebagai "Rebel" dan pencetus masaalah semata-mata sebaliknya masih ramai anak muda yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat
5) Memberi isyarat kepada pihak berkuasa samaada SB / MIO / JASA dan lain-lain yang mendapat maklumat salah mengenai USRAH kerana USRAH banyak membantu membentuk peribadi anak muda supaya menjadi lebih mulia.
6) Mengadakan perjumpaan ala "Gathering" untuk melaksanakan "Gathering Usrah Anak Muda" di masa , tempat dan modul yang seswai dengan jiwa anak muda
7)Menarik minat anak-anak muda (Mad'u) untuk bersama-sama berUSRAH dengan tujuan mengikat ukhwah islami dengan lebih erat
8)Membina ruang pandangan , kritikan yang membina kepada ahli-ahli USRAH untuk bersama-sama melaksanakan apa sahaja yang terbaik untuk group ini
9)Mengembalikan syiar Islam di Muka Tanah Melayu
Insyaallah , pihak moderator masih memberi peluang selama 4 hari lagi kepada sahabat2 yang belum mendaftar sebelum memulakan teks usrah yang akan dibahagikan modulnya mengikut hari dan masa...selain itu akan ada suatu masa di mana Naqib akan berinteraksi secara online melalui comment untuk sesi soal jawab secara terus.
Diharapkan sahabat2 mengambil peluang untuk menyebarluaskan kepada sahabat2 yang lain sebelum teks usrah mula menjamah inbox kita pada 10.02.10 . Insyaallah...sebarang komen dan pandangan boleh dibincangkan di wall Post @ Discussion ...boleh juga message untuk pilihan terakhir.
Allah Yubarik Fikum Ya Akhi ...Ya Ukhti
~syukran Ya Akhi...insyaAllah...




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.