Rebat Islami Menjamin Umat Rabbani...

1)Titisan airmata keinsafan menjadi peluntur titik hitam dosa dihati..Hingga ianya bersinar kembali dgn nur cahaya Ilahi..Terkesan pd sifat peribadi..Andai ikhlas tersemat dihati, bukan kepura2an sendiri..Sedarilah teman, kita hidup sementara saja didunia ini..tanpa amal bekalan ke sana, diri pasti rugi..Insafilah diri sebelum ajal menimpa diri, tanpa masa yg diketahui bila ajal menanti~

2)Kemewahan dikejar tanpa tahu halal haram lagi..Bila hati dikaburi wang, semua boleh jadi..Perkara syubhah tak dikira lagi..Yang penting kemahuan dicari..Itulah dunia akhir ini..Duit tetap dihati..Hingga syari'at bukan diutamakan lagi..Biar perut kenyang, pastikan suka hati..Namun ingat dan hendaklah sedari..Setiap daging yg tumbuh sumber haram pada diri, akan pasti dijilat api neraka, itulah pasti~

3)Cinta berputik drp jiwa yg bersaluti iman yg mantap, pastinya ia kembang mekar mewangi serta ia berakar tunjangkan kerana cinta Ilahi.Bunganya pasti menambat hati insan lain.Namun, jika cinta didebungakan oleh nafsu semata2,pasti takkan bertahan lama, terus layu sebelum mekarnya bunga, adakalanya bunga mekar cacat bentuknya..jatuh berguguran tanpa siapa yg mempedulikan..Indah sesuatu kerana Islam, pasti hati akan senang dlm ketenangan~

4)Bila hatimu ceria, itu telah meletakkan dirimu dlm kebahagiaan.Namun perlulah sentiasa berjaga2 kerna setiap sesuatu didunia ini takkan kekal walaupun saat2 bahagia sekalipun..Oleh itu, gunakanlah saat itu sebaik mungkin, kerna kita pasti tidak akan dpt menyentuh 2 kali air sungai yg mengalir yg sudah berlalu dan ia takkan kembali semula..Letakkanlah jiwamu dlm kebahagiaan dan hatimu dlm kesyukuran~

5)Selembut bayu hembusan kasturi..Seindah ceria suasana pagi..Seindah pelangi cantik mewarnai bumi..Sedamai hati memuji Ilahi..Bayu, pagi dan pelangi itu takkan kekal dikala saatnya perlu pergi..Namun damainya hati bila mengingatiNya pasti kekal selagimana dia meletakkan hatinya bersama Ilahi..walaupun dtg mehnah sekalipun pasti ia tersenyum dikala hatinya tabah dan redha ketentuan Ilahi~(^_^)La tahzan, Innallaha Ma'ana..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram