Aidil Adha 09/1430H Yang Penuh Makna...



ANTARA DUA : REALITI DUNIAWI DAN UKHRAWI???APAKAH INI??


Realiti duniawi :

Kes 1 : Seorang anak yang baru tamat pembedahan, terlalu menginginkan masakan yang enak dan lazat sempena raya haji yang lalu... Si ibu yang kasihkan anaknya bertungkus-lumus masak bersama adik dan ayah di rumah.. Yelah... nak sambut anak, menantu dan cucu kesayangan. Penat memasak, si anak tak muncul-muncul juga.. Si ayah da mula bising.. Si ibu terus menelefon si anak. Bayangkan remuknya hati si ibu pabila si anak kata tak balik raya ni.. Allahu Akbar!! Kejamnya si anak sampai sanggup mengecewakan si ibu dan si ayah. Si ayah yang mendengar terus menahan geram. Merajuk tak sudah. Si menantu pulak buat perangai, tak pernah memasak dan tak panda jaga anak. huhu.. Alangkah sedihnya.. =( Si anak ni kalau balik ke rumah si menantu, memang susah nak jumpa si ibu dan si ayah.. tak tahu kenapa?? fikirkan sejenak.... Alahai..apalah salahnya balik sekejap.. bukannya jauh pun..rajuk si ayah... masakan yang banyak tadi hanya terbuang begitu sahaja gara-gara si anak yang tak pulang dan mereka yang tidak selera untuk makan...

WAHAI ANAK-ANAK SEKALIAN...BERTAUBATLAH..APALAH SALAHNYA KITA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SELAGI HAYAT MEREKA MASIH ADA NI.. MERAKA DAMBAKAN INGATAN DAN KASIH SAYANG KITA BUKAN WANG RINGGIT..FIKIRKANLAH....APAKAH YANG TELAH KITA BUAT SELAMA MEREKA HIDUP?????? INGATAN BUAT DIRIKU DAN SAUDARAKU...INSYAALLAH...

Kes 2 : Si isteri yang penat lelah bekerja dan mencari nafkah diuji dengan si suami yang curang, baran dan tidak bertanggungjawab. Si suami pulang ke rumah untuk mendapatkan wang daripada si isteri.. tergamaknya si suami!! Jika keinginannya tidak tercapai, dipukul, ditumbuk, dicerca dan dimakinya si isteri.. lebam-lebam muka dan badan si isteri.. digunting baju-baju kerja si isteri.. tegarnya si suami!! Ya Allah, tabahkanlah hati si isteri dan peliharalah family mereka daripada malapetaka dan berilah kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan..amin... si isteri yang terlalu sayang dan cintakan si suami, hanya menurut sahaja.. tetapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya... si isteri tidak sanggup lagi menahan.. tak sanggup melihat si anak-anak yang hidup dalam ketakutan...lantas si isteri menarik nafas dan kekuatan untuk menuntut cerai.. si suami tidak mahu... si isteri kemukakan kepada yang tahu, tetapi setelah diajak berbincang, tetap tidak cerai. si isteri ingin menuntut fasakh juga tidak dibenarkan.. kasihan si isteri... Aunt, tabahkan hatimu...moga hari-hari mendatang akan lebih cerah buatmu sekeluarga..amin....Si isteri hanya mampu bertahan berkat doa dan kasih sayang anak-anak dan kawan-kawan..

WAHAI SI SUAMI DAN ISTERI, TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWABMU SEPERTI YANG TELAH DIAMANAHKAN. JADILAH TAULADAN TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK.. DIDIKLAH MEREKA KE JALAN YANG BENAR DAN TEPAT.. TANAMLAH JIWA ISLAMIYAH KEPADA MEREKA DAN BERILAH PETUNJUK UNTUK MELALUI HARI-HARI MENDATANG.. SESUNGGUHNYA, CERAI DAN TALAK TIDAK DIGALAKKAN DAN AMAT DIMURKAI OLEH ALLAH S.W.T.


Bersambung lah pula~~

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram