Aidil Adha 09/1430H Yang Penuh Makna... (2)

Realiti Ukhrawi :

Kes 1 : NUR KASIH di TV3... huhu..ari terakhir tuk ari jumaat yang lepas.. saya tak mengikuti sangat.. hanya tahu sedikit je.. yuplah.. sudah menjadi kebiasaan dari matrik lagi, jarang nak tengok tv sgt...huhu..so, feel pun tak de sgt.. tapi mlm tuh, saya tgk jugalah.. haha.. best gak.. tak banyak nak cerita.. hanya kagum dengan keyakinan si isteri, Nur Amina bahawa suaminya, Adam masih hidup.. alhamdulillah... suaminya masih hidup.. Allah memberikan peluang kedua untuk mereka bertemu dan hidup bersama.. cerita ini memang sungguh bermakna.. touching gak.. =) mesti ramai yang menangis malam tu kan???hehehe... Cara didikan Islamiyah yang ditekankan memang sungguh mengagumkan..cuma beberapa perkara tetap tidak dititikberatkan..huhu... Allahu Akbar... Marilah kita sama-sama menjaga kebajikan kita bersama.. Saling ingat-mengingati sesama ummah.. insyaAllah.. Yang elok dijadikan panduan, yang tidak elok, kita jadikan sempadan.. =) Wallahu alam...

Kes 2 : TAUBAT NASUHA di TV3... tahniah!! =) Drama yang penuh makna dan maksud tersirat.. harus dijadikan panduan.. saya suka sangat... tahniah kepada penerbit.. Kisah tentang si suami yang curang, baran, dilemma dan trauma... cerita yang penuh tragis dan impak yang semaksimanya.. si suami yang kerap didera oleh si ayah ketika kecil menjadikannya seorang ayah yang baran dan tidak tenang di rumah. Si suami yang tergoda dengan bos syarikatnya membuatkannya alpa dalam menunaikan amanah kepada keluarga.. hiba! huhu.. si isteri dapat mencium perangai buruk si suami.. tetapi, si suami tetap tak mahu berubah walaupun da puas si isteri menasihatinya..Si ayah mertua yang sayang pada menantunya sempat mengingatkan si menantu akan taubat dan mengingati Allah.. akan tetapi, si menantu tidak mahu mengubah diri sendiri. Si isteri dan anak-anak kerap didera dan dicerca tanpa perikemanusiaan! MasyaAllah... =( Anak-anak yang dahagakan kasih sayang si ayah tetap tidak putus-putus merayu dan memujuk ayahnya untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.. anak-anaknya sangat bijak.. cuti sekolah, mereka mengisi masa lapang di kampung.. Alhamdulillah... masih punya atuk yang alim dan mendidik mereka tentang ilmu agama.. saya suka! Allah lebih menyayangi mereka.. Ditakdirkan selepas mengambil anak-anak daripada sekolah, dua pencuri mengekori mereka.. Umur mereka tidak panjang.. si angah yang ingin mendapatkan si ibu meninggal dunia kerana ditikam dengan kejam di perut oleh pencuri itu. Membuak-buak darah keluar daripada perut si angah.. si ibu yang melihat hanya mampu mengucap dan berdoa sahaja. Si along yang melihat ingin menyelamatkan si angah.. apakan daya.. nasib tidak menyebelahinya... nyawanya juga melayang.. dia ditikam di belakang badannya.. Allah!! si ibu yang sedang sarat mengandung juga tidak dapat menyelamatkan diri.. anak kecil dalam dakapannya juga tidak terlepas daripada cengkaman pencuri itu... nak wat macam mana??? nasi dah jadi bubur.. si suami balik dengan penuh sayu dan kecewa.. menyesal tak sudah!

INGATLAH~~NYAWA YANG DIAMANAHKAN PELU DIJAGA DENGAN BAIK. AMANAH YANG DIBERI PERLU DIPIKUL DAN DILAKSANAKAN MENGIKUT LUNAS-LUNAS ISLAM. ISLAM DAN ALLAH BE THE FIRST EVER! INSYAALLAH.. TABAHKAN HATI DALAM MENGHARUNGI SEGALA MEHNAH DAN CABARAN HIDUP DALAM MENTAUHIDKAN ALLAH YANG ESA.. INSYAALLAH... PADA HARI EID' ADHA, DRAMA YANG PENUH BERMAKNA.. JADIKAN PANDUAN BAGI SETIAP YANG ELOK DAN BENAR JUA.. PENGORBANAN BUKANLAH SESUATU YANG MENYEKSAKAN KALAU KITA IKHLAS.. KAN3?? TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN.. SI IBU MANA YANG SANGGUP TENGOK NYAWA ANAKNYA LENYAP DI DEPAN MATA???HUHU..SAMA-SAMALAH KITA BERTAUBAT ATAS SEGALA KEKHILAFAN LALU DAN BERAZAM UNTUK TIDAK MENGULANGINYA AGI.. INSYAALLAH..RENUNGAN BERSAMA... WALLAHU ALAM....

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram