Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Semoga kita semua sentiasa sihat dan dalam redha Allah jua.. amiin.. inshaAllah.. Alhamdulillah.. next update adalah tentang my caliph. Hari ini merupakan kali kelima saya menghadirkan diri ke KK untuk medical check up caliph yang semakin sihat dan membesar ini.. Alhamdulillah.. bangun pagi dengan penuh semangat sebab nak jumpa doktor.. Kebetulan hari ini suami sangatlah baik hati sudi hantar saya dan baby ke KK.. Thanks abang! =)
Kami terlewat sedikit hari ini gara-gara ingin mencuba melalui jalan yang lain, kononnya nak elak jam.. haha. Nah! Sangatlah tersilap langkah. Lain kali, no more ok! ^^ Sesampainya kami di KK, pesakit dan ibu-ibu mengandung sudah ramai membanjiri di sana. Allah.. wuwu.. Ok. Terjumpa dengan saudara sendiri, sebelah keluarga suami saya. Semangat jap.. hihi.. dapat main dengan iman.. yeah! =) Alhamdulillah hari ini semuanya berjalan lancar. Syukur kerana pihak KK telah membahagikan kaunter mengikut kawasan perumahan kita. Yeahh! Kawasan rumahku selalunya tidak terlalu ramai. So, boleh lelaju.. heheh..
OK, fobia time.. Masa untuk menimbang berat badan.. Allah! Gerun rasa. huhu.. Alhamdulillah, berat badan naik lagi. Tetapi, tidak sedrastik seperti sebelumnya. Alhamdulillah.. Now, I'm 61.2 kg! Ya Allah! hihi.. Tak pe lah kan. Asal kami berdua sihat walafiat.. hee
Yang bestnya, dapat misi a.k.a nurse kesayangan kami. Hee.. Misi yang sudah berusia. Sangatlah lembut orangnya. Yelah, dia pun dah merasa jadi ibu. =) Terima kasih, Ya Rahman. Misi ini sangatlah baik, sampaikan dia sendiri yang menyuntik tanganku untuk suntikan ATT.. kancing gigi katanya.. untuk 1st baby, kena dua kali. So, hari ini adalah untuk pertama kali. Comel sangat! Misi kata, "Ibu tahan sikit ye. Rasa sakit sikit je. (sambil tersenyum)" Ku merasakan misi itu macam mak pula.. baik sangat.. Allahu.. Anakku, best kan? hehe..
Seterusnya, kami bergerak pantas ke bilik doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Alhamdulillah. Doktor pun in good mood hari ini.. Yeah! Doktor cakap tarikh bersalin ikut due macam biasa ye. Semuanya normal. Alhamdulillah.. inshaAllah.. (happy)Keluar bilik doktor sambil tersenyum. Cuma tak terkata, tak tertanya pula soal jantina anakku ini. Sebabnya, tak surprise lah kan? kiki.. plus, tak kisah pun lelaki atau perempuan. Yang penting, sihat, cergas dan sempurna.. amiin.. inshaAllah..
Teringat persoalanku pada misi tadi. Ramai yang mengajukan persoalan kepadaku sebelum ini.
"Kata mengandung. Mana perutnya?" " Eh! Mengandung kan? Tak nampak mengandung pun. Perut kecik je."
Huhu.. Sedih sangat.
Ya, saya mengandung. Dalam perut, ada anakku.. inshaAllah tak lama lagi dia bakal lahir ke dunia ini.. Tunggu ye.. amiin
Misi bagi semangat kepadaku. "Ibu tak perlu risau. Ibu jangan pening-pening. Asalkan semua sihat, ibu sihat, Alhamdulillah. ok dah tu. ye?"
Alhamdulillah.. rasa tenang sikit. Rasa macam mak yang sedang membisikkan kata-kata itu di telingaku.. Huu..rindu mak! T_T
Jum, kita senyum! InshaAllah semuanya akan sentiasa sihat dan selamat. amiin.. Ya Allah, permudahkanlah..
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
Amiin Allahumma amiin.. inshaAllah.. Doakan kami ya. Jzkk.





..wuu~ baca semua post awk buat sy tersenyum n menangis..rindu nya nk peluk awk..tahu lah dh ada suami..tp aci x nk teman awk g klinik skali...T_T
ReplyDeletesyg........... rindu sgt2!!! *lapairmata* huhu.. lmenye xjmpe n pluk awk.. rindu, sguhku rindu! huhu.. nak3!!! jum!! teman sy.. bestnye kalau awk ad kat sini.. love u,dear...
ReplyDelete