Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. masih diberi semaksima kekuatan sebagai 'booster' untuk diriku meneruskan perjalanan hidup ini..syukur Ya Rahman atas segala nikmat kurniaan darimu yang tidak terhingga, hanya buat insan yang hina ini.. Alhamdulillah.. hari ini sedikit redup berbanding semalam.. ku bangkit di awal pagi, menyelesaikan agenda hari ini.. #eh baru hendak menyusun sebenarnya.. dimulakan dengan basmallah, ku melangkahkan kaki untuk menghirup secangkir kasih dariNya yang Esa dalam memberi aku erti kekuatan dan kebijaksanaan.. Sayup-sayup di dasar hati, apakah mungkin bisa untukku menghabiskan masa hari ini dengan sebaiknya? Kerna, kufikir, apakah mungkin sempat untukku berada di dunia ini sehingga ke petang hari ini?? Allahu akbar.. ku gagahkan jua, mencapai sekudrat yang ada untuk berlagak seperti 'superwoman'. Ya! I'm a superwoman! insyaAllah..
Melihat rumetku yang masih terkujur di atas katil itu, makin menjadi sayu hati ini.. gelodak hati ini sungguh membungkam seribu rasa.. bagaimanakah caranya ya? Sungguh.. aku tidak kuat.. tidak terlalu kuat di saat ini.. tambahan pula, kondisiku sekarang yang kurang mengizinkan aku untuk tidak menangis.. ya.. aku memang mudah menangis.. aku mengakui hal itu.. tetapi.. aku turut reti memilih sama ada perlu menangis ataupun tidak untuk sesetengah perkara yang berlaku.. kebanyakannya, jika ku sudah 'masak' atau terbiasa (mungkin), aku jarang sekali untuk mengalirkan air mata..
Ku bergegas ke bilir air.. mencuci muka dan sebagainya.. kembali ke kamarku..sunyi sekali.. sayup kedengaran bunyi cengkerik di luar.. Subhanallah! Aku pasti rindu tempat ini! sungguh! =( ku lihat anak-anakku.. kemudian, ku alihkan pandanganku ke luar jendela.. ku lihat pohon-pohon menghijau di luar sana.. sedikit memujuk rasa di hati ini.. teringin untuk duduk di dalam hutan itu.. hmm.. tapi, mana mungkin bukan.. semakin lama kutilik, semakin membuak-buak rasa ini.. menghimpit segenap hatiku.. tanpa kutahan, menitis jua sejernih air mata di pagi ini.. ku sudah berusaha untuk tidak menangis lagi.. tetapi, sekali lagi ku gagal! T_T
Tanpa kusedari, rumetku yang sudah bangkit dari tidurnya, sedang asyik memerhatikan gerak-geriku.. mana mungkin dia tidak menyedari 'kepelikanku' ini.. acap kali aku berubah sedikit sahaja raut wajahku, hanya dengan sekilas pandang, dia berjaya menebak apakah yang berlaku.. dia bisa merasakan jika sesuatu berlaku pada diriku.. itulah rumetku.. sayang, akak sayang kamu sangat2! =( saat air mata berlinangan lalu tumpah ke pipi, dia tidak tertahan lagi.. pabila dia memanggil dan menyebut namaku, makin deras air mata yang bercucuran di pipi.. ku tak tahan lagi!
Sayang, akak tahu kamu sangat2 risau..tapi, maafkan akak.. Kamu masih perlu berjuang untuk peperiksaan petang nanti..tak mungkin akak ingin menambah beban kepadamu lagi.. maafkan akak, sayang..
Ku bingkas bangun dari katil dan melaksanakan kerja-kerja yang tertunggak.. tiba-tiba, ku teringat kepada seorang sahabatku lagi.. ezzah yang telah kami sambut hari lahirnya dua hari lalu.. apakah mungkin dia sudi meminjamkan bahunya untukku.. mungkin juga aku mampu terpujuk pabila melihat keletah manjanya denganku... Ya! ku mencuba nasibku dengan menghantar satu mesej kepadanya..
'Sayang.. busy tak?'
tett..tett.. 'Bkpo?' (kenapa dlm loghat kelantan)
'xdp gp. Duk bilik ko tu?' (Tak ada ape. Ada di bilik ke tu?)
tett..tett.. 'erm'
Aku menerjah masuk ke dalam biliknya.. ku lihat di terbaring di atas katil.. ku tahu dia bisa meneka mengapakah secara tiba-tiba ku berbuat sedemikian.. dia kelihatannya sangat pelik melihat wajahku.. #eh ya! mataku bengkak.. alamak! habislah...
'Kenapa ni?'
'tak de ape. (sambil melarikan pandanganku ke arah lain)'
dan perbualan kami bersambung sampai ke tengah hari..
Alhamdulillah.. ku bisa mencari sedikit kekuatan setelah berjumpa dengannya.. walaupun tanpa dia sedari, sebab musabab kedatanganku secara tiba-tiba di situ. Syukur ya Allah..
![]() |
| Sayangku, Ezzah di hari lahirnya (18/04/13) @ Medan Selera UMK Jeli |





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.