Sesungguhnya Aku Pelaku Dosa Yang Nyata!

Bila orang mengherdik, aku turut serta..
Bila orang menghina, aku mengiyakannya..
Bila orang menipu, aku pun menyepi..
Bila orang menzalimi, aku membatukan diri..
Sesungguhnya aku pelaku dosa yang nyata!


Bila bercakap bohong, aku tidak memperbetulkannya..
Bila berlaku maksiat, aku tidak bertaubat padaNya..
Bila aurat terdedah, aku membiarkan sahaja..
Bila jatuh sakit, aku mengeluh kernanya..
Sesungguhnya aku pelaku dosa yang nyata!


wa nauzubillah minzalik!



********************************************


Allahu Rabbi!
Ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu..
Dosa kedua ibu bapaku..
Guru-guruku, sahabat-sahabatku, saudara-maraku, dan seluruh muslimin dan muslimat...
Terimalah taubat kami..
Berkatilah hidup kami..
Berilah hidayah dan limpahkanlah rahmatMu kepada kami...
Agar kami bisa mengorak langkah dalam hidup ini dengan kebenaranMu, kecintaanMu dan keikhlasanMu..




Ya Rahman Ya Rahim,
Kurniakanlah bagi kami kesejukan dan kejernihan mata dan juga hati kami..
Pada isteri/suami dan anak-anak kami..
Dan jadikanlah kami imam/penyuluh bagi orang-orang yang bertaqwa...




Ya Rabbul Izzati,
Tetapkanlah hati-hati kami dengan agamaMu..
Hindarkanlah kami daripada segala fitnah Dajjal dan kejahatan..
Jauhkanlah kami daripada azab seksa neraka itu..
Pimpinlah kami menuju jalan kebenaranMu..
Redhailah kami dalam beroleh JannahMu...




amin allahumma amin... insyaAllah biiznillah....





*sahabat-sahabatku, ampunkanlah dosa-dosaku dan keluargaku terhadap kalian tika sedar/alpa, kerana sesungguhnya kami bukanlah insan yang sempurna tetapi doakanlah kesejahteraan dan kerahmatan Ilahi kepada kami dan juga kalian untuk beroleh kebaikan dan syurga kelak...amin.... syukran jazillan..


wallahu'alam... Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram