Al-Quran diturunkan sebagai peringatan bagi manusia.
"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) agar kamu menjadi susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)." - Surah Toha : 2-3
Al-Quran menjadi penawar sanubariku. Penenang segala jiwa. Pengubat segala lara. Rujukan kepada segala persoalan. Al-Quran merungkai segala kemahuan.
Assalamualaikum w.b.t.,
Sudah masuk tirai 3 Ramadhan 1433H. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman? Moga segala amalan dan taubat kita diterima dan dirahmati oleh Allah jua. Amin.. Kita sedang melalui fasa pertama di dalam bulan Ramadhan, di mana kita perlu berlumba-lumba untuk mengecapi rahmat Allah SWT. Untuk mengecapi rahmat Allah, kita perlulah menikmati segala kemudahan dan kurniaan yang telah diberikan juga dipinjamkan kepada kita sebaik-baiknya, agar kita tidak kufur nikmat dan jauh daripada rahmat Allah, wa nauzubillah.
Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW, "Apabila datangnya Ramadhan, dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka & diikat segala syaitan" -Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasaie, Ahmad & Baihaqi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu." - Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
Tahukah sahabat sekalian, satu hal yang sangat merugikan apabila tidak "memperbanyakkan berdoa" ketika berpuasa & berbuka. RUGI.
Oleh itu, rebutlah peluang-peluang yang ada di madrasah Ramadhan ini agar kita sama-sama beroleh segulung ijazah Iman&Taqwa di pengakhirannya. amin Allahumma amin. insyaAllah. Jangan lupa mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan ummah jua. =)
- Kurangkan tidur.
- Lebihkan amal.
- Banyakkan bersedekah.
- KERANA ALLAH!
InsyaAllah.. ampunkan segala khilaf dariku&keluargaku dan doakan kami istiqamah di jalanNya jua.amin. Jzkk!
wallahu'alam..
Assalamualaikum w.b.t.






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.