Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian daripada pembacaan daripada majalah. Sangat teruja dan ternyata ianya sangat membina! Pertama kali membeli setelah jatuh cinta pandang pertama padanya.. oh! Era Muslimah, membawa barakah... insyaAllah..
Bila hati sudah berkenan..
awasi langkah dan tindakan!
Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum : 21,
"Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu sebagai bukti bagi orang-orang yang mahu berfikir."
Sudah sedia maklum, fitrah manusia yang memerlukan hidup berpasang-pasangan dan tertarik kepada yang cantik nan indah. Sebaik sahaja mencapai usia remaja, perasaan ingin mencintai dan dicintai kian berputik dalam sanubari. Tidak salah, kerana ianya adalah fitrah.
Namun...persoalannya ialah bagaimana cara kita untuk memandu perasaan tersebut agar ianya tidak tersasar daripada gelanggang syariatullah dan menjadi ibadah..? Bukan dengan mengambil jalan mudah dan memandang enteng kepada pokok persoalan ini dengan bertindak ibarat belangkas ke hulu ke hilir. Tidak juga dengan melangkah ke gerbang perkahwinan tanpa persediaan dalam diri yang akhirnya hancur berderai.
Oleh yang demikian, bila hati sudah berkenan, tidak bermakna semuanya boleh diredah, semuanya ditadah. Tidak! Ianya perlu dididik agar nafsu itu terarah dan halalan toyyiba bagi pasangan tersebut. Andai kecundang, bencana bertandang. Nauzubillah minzalik! Maka bayi yang tidak berdosa menjadi makanan tong sampah. Kejamnya wahai manusia!
Justeru itu, bila hati sudah berkenan, pandulah ia ke arah yang benar. Semaikanlah bibit-bibit cinta secara halal. Binalah baitul muslim yang beroleh mawaddah, sakinah dan rahmah. Hindarilah daripada menanam zina hati yang membungkam jiwa dan tidak berkesudahan. Ceduklah hikmah dan saranan Rasulullah dalam melahirkan zuriat yang menjadi pemangkin golongan muttaqin; di samping meramaikan ummat! InsyaAllah.
wallahu'alam...






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.