
Assalamualaikum....
coretan ini bukanlah apa-apa.. cuma sebagai peringatan dan tarbiyah untuk diri ini khususnya.. mehnah dan tribulasi yang tak jemu-jemu kunjung dalam hidup ini pasti ada sebabnya.. pasti ada relevennya.. sudah pasti ada hikmahNya! ya kan? bersangka baik dan berlapang dadalah dengan Allah.. Dia Maha Mengetahui akan tiap sesuatu.. Setiap yang diaturkan, setiap caturanNya ada baiknya.. adalah yang terbaik untuk kita.. sesuai dengan kemampuan kita... ujian untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya.. sejauh manakah kita mengaku beriman pada Allah?? Sedalam manakah kita cintakan Allah?? Seikhlas manakah kita taat pada Allah?? Subhanallah! Maha Luas akan pengetahuanMu itu..
insyaAllah, ku pasti, akan Kau hadiahkan yang terbaik dan berharga untukku jua satu hari nanti.. mungkin bukan hari ini.. tapi alhamdulillah.. ku sedikit sebanyak dapat merasainya.. syukur alhamdulillah.... apa yang ada dan kupunya kini sudah cukup membahagiakanku... cukup untuk membuatku tersenyum... syukran Ya Allah!
pada mulanya.. i feel like crying.. but.. suddenly... yes,i'm crying! T_T huhu.. Ya Allah, ampunkan dosaku... ku tak tertahan akan mendung gelap di kelopak mata ini.. ku tidak sekuat itu.. tapi, insyaAllah akan kugagahkan jua diri ini.. benar kata seorang sahabatku..Allahkan sayang orang yang sabar.. =) ya! insyaAllah.. senyum!
Ya Allah, kurniakanlah hidayah dan rahmatMu kepadaku... kepada kami semua... amin.. ku himpunkan doa-doa ini untuk kemuliaan kasihMu, Ya Allah.. ku dahagakan sebening kasih sayangMu.. ku rindu akan saat-saat itu.. tabahkanlah hatiku ini, ya Allah.. hanya kerana redhaMu..
Cahaya Muslimah anak yang baik & solehah kan? Keep praying my dear.. Allah will always be there for you... Allah will always listen to your tears, your hope and your prayer.. so,stay strong!
Percayalah rahmat dan kasih sayang Allah pasti menyambut kita sebelum kita sempat menangis.. Allahuma amin..
Pengasuhku baru usai menghabiskan masanya malam ini untuk berkongsi rasa sedih & suka bersamaku.. setelah sekian lamanya rasanya kami tak dapat bersua.. lama juga tidak mendengar khabar darinya.. dari kakak kesayanganku jua.. kakak kembarku.. terima kasih semua kerana menziarahiku tempoh hari... ku amat gembira bertemu kalian.. terima kasih!
banyak rasa yang kami kongsikan.. syukur alhamdulillah.. lama tak menangis dengannya.. huhu.. memang hiba.. tapi,penuh kesyukuran... kerana dikurniakan olehNya pengantara yang sangat lembut bicaranya dan luas pengalamannya.. huhu.. dialah orang yang paling dekat denganku setelah kedua ibu bapaku.. dia faham akan diriku luar & dalamku setelah kedua ibu bapaku.. tetapi Allah jualah yang kenal siapa diriku... Allahu Allah! Betapa syahdunya merasakan kasihMu itu.. insyaAllah, hari itu pasti akan tiba jua... amin.....
teruskan berdoa wahai sayangku... kuatkan semangat,tabahkan hatimu dan tingkatkan keimananmu.. insyaAllah... Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia mendengar setiap rintihan hambaNya... senyumlah seikhlas hatimu, ok!
jum berwuduk dan solat sunat taubat sebelum tidur! insyaAllah.. doakan saya juga ye,sahabat! Selamat Malam... Maafkan saya dan semua orang juga...Assalamualaikum....




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.