Assalamualaikum w.b.t.,
Alhamdulillah.. usai sudah segala tugasan yang diamanahkan kepadaku... cuma masih ada lagi sisa-sisa kerja yang masih belum ku bereskan... letih minggu 3M (Minggu Mesra Mahasiswa) di UMK masih belum lagi hilang... semalam baru sahaja ku berpindah ke Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu,oleh kerana kepadatan penduduk di kampus Pengkalan Chepa, Kota Bharu.. ku redha dan berlapang dada dengan keputusan dan ketentuan ini... amin,insyaAllah.. pasti ada hikmahNya jua...... mode:smile =)
Sepanjang 3M macam-macam yang berlaku... segala pengalaman yang kuraih dari minggu ke minggu akan ku pahatkan dalam memori ini.. insyaAllah... permulaannya nampak hambar tetapi pabila sampai ke penghujungnya rasa sebak pula hati ini... Allahu Akbar! =( pada awalnya, alahai lambat sungguh masa berlari... tetapi, di pengakhirannya,wah!dah habis ke minggu 3M ni? huhu. Sepanjang minggu memang sangat meletihkan tetapi seronok dan bahagia.. macam-macam ragam adik-adik junior semester ini.. tak cerita tentang usia mereka yang agak membuatkan ku kaget.. bukan usia jadi ukuran, tapi semangat yang tinggi itu yang membuatku terharu dan hormat...
Pada awalnya hanya dikehendaki memegang amanah sebagai setiausaha fasilitator 3M.. menjadi Exco Sambutan dan Protokol sekejap, ICT sekejap, Cenderahati sekejap, Kolej Kediaman sekejap, Makanan sekejap, Kerohanian sekejap, Pendaftaran sekejap, Keselamatan dan Kebajikan sekejap dan terakhirnya fasilitator kesihatan.... alhamdulillah... semester ini banyak memberikanku peluang untuk merasa semua exco yang wujud dalam organisasi fasilitator 3M 2011/2012 ini.. syukurlah... walaupun sedikit kucar-kacir dan main top-up je, alhamdulillah semuanya telah selesai mengikut tarikh dan masanya... terima kasih semua sahabat fasilitator yang banyak bekerjasama dan bertungkus-lumus menyelesaikan segala masalah yang timbul sama ada dalam jangkaan kita mahupun secara tiba-tiba... ku sayang kalian sangat-sangat..
psssttt!! gambar jadi fasilitator belum diupload lagi oleh kawan-kawan.. sorry ye... =) saya tidak berkesempatan untuk berposing dan memosing (betul ke ayat ni?? eheh) kerana sibuk cakna dengan kesihatan fasilitator dan adik-adik junior kali ini... sampaikan ku sendiri diuji dengan sakit iaitu sakit mata yang cuma sementara.. alhamdulillah...syukur... ^_^
ok...got to go... SIEP report&presentation tak siap lagi.. pesan YDP untuk listname pun belum settle... Allah! permudahkanlah segala urusan dunia akhiratku...amin,insyaAllah.... ma'assalam..




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.