Mujahidah Solehah


Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

erm..prosa ini membuatkan ku terfikir sejenak..jika ditakdirkan ku jatuh hati pada seseorang muslimin itu, ku harapkan biarlah kerana agama yang ada dalam dirinya dan Tuhan yang disembahnya..bukan kerana kacaknya dia ataupun kayanya dia..kerana semua itu hanyalah sementara... begitu juga, jika ku jatuh cinta pada seseorang muslimin itu hanya kerana solehnya dia, ku takut lambat-laun dia akan berubah..bukan kerana ku tak yakin padanya, tetapi ku yakin kita semua hanyalah insan biasa... yang punya kekhilafan juga perlukan kekuatan untuk melawan semua mehnah dan tribulasi ini... biarlah bersederhana dalam segala hal... keikhlasan yang ku cari.. biarlah dia menjadi dirinya sendiri.. bukan menjadi seperti apa yang daku mahu corakkan untuknya.. moga Syurga Allah menjadi tujuan kami di dunia juga di akhirat dan Islam Ad-Din menjadi mahar kami untuk ke syurga abadi...amin...insyaAllah.... moga Allah memberikan hidayahNya, kekuatanNya serta kasih sayangNya kepada kita semua...amin........... senyum selalu dan selamat beramal.... assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram