hurm... mengapa.. mengapa ya??tidak ada mengapa ok dalam kamus...akan membuatkan kita terlalu banyak menyoal daripada berfikir dan bertindak.. erm,ya! =) terasa sepi pula dengan blog ini.. lama sudah tidak berkongsi usrah dan ilmu yang membina... astaghfirullahal azim... ku harapkan apa yang ku share selama ini tetap ada baiknya... insyaAllah.. sungguh! kurindu saat itu...ku ingin kembali padanya... huhu.. ingat kata-kata sahabatku, akhi hafiezz, jangan dikenang apa yang telah berlalu, kelak timbul kekesalan dalam hidup... jangan ditangisi apa yang bukan milikmu, kerana ianya tersimpul seribu hikmah dan rahmat di sebalik setiap sesuatu... insyaAllah... **kata-kata yang telah ku garap dan ku simpulkan menjadi ayat yang kupasakkan dalam sanubariku.. insyaAllah.. syukran akhi.. ku rindu untuk berusrah bersama sahabat dan sahabiahku di UMK.. sungguh ku rindu! rindu untuk berjalan kaki ke surau untuk menuntut ilmu juga menyembah hanya pada yang Maha Satu.. ku rindu untuk ke masjid As-Salam untuk sama-sama menjalani aktiviti di samping, menunaikan solat berjemaah langsung kepada ceramah-ceramah yang sungguh membina dan mendalam ingatannya... ku rindu laungan azan oleh murabbi-murabbi surau.. ku rindu perkongsian bersama dalam setiap tindakan dan langkah kami dalam mengimarahkan surau dan mendalami Islam serta mengamalkan ajaran dan amanah yang dipertanggungjawabkan.. ku rindu semuanya! ku ingin kembali ke sana.. ingin sekali menyertai pondok.. apakan daya,keluarga lebih memerlukanku saat ini.. jauh hanya perjalanan dan wang untuk ke sana.. itu yang menyekat sedikit gerak langkahku... bukan ingin mencari alasan tapi itulah yang kufikirkan untuk ditangani... ku rindu untuk berbuka puasa bersama-sama, menunaikan ibadah puasa dan lain-lain secara berjemaah, suasana sibuk untuk menyebarkan dakwah dan melaksanakan tuntutan agama Islam, bertadarrus bersama.. khatam bersama... semuanya bersama.. Ya Allah, sungguh aku rindu!! T_T ku ingin kembali untuk melalui saat itu lagi... hatiku dan jiwaku terlalu kosong sepanjang sebulan lebih ini.. jujur ku katakan.. bukan ku tidak mengaji atau gagal melaksanakan tuntutan yang perlu ku lakukan, tapi ku merasa kosong kerana tiada lagi suasana itu di sini.. susah untuk ku cari seperti itu di sini.. sungguh besar cubaan dan ujian hidup dalam kepompong duniawi ini... Allahu Akbar... terlalu ingin ke masjid ataupun surau bersama-sama keluarga dan sanak-saudara.. tapi apakan daya,demi amanahku, entah bila siang, entah bila malam, ku tidak ketahui itu semua... kerana ku terceruk dalam bangunan yang kian retak dimamah Bumi.. nauzubillah... kuserahkan semuanya kepada Allah.. insyaAllah, ku takkan pernah putus asa...amin..........wallahu'alam...
From Striver to Warrior
4 months ago




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.