GuiltY @_@

assalamualaikum....huhu.... pagi ini saya ketiduran...huhu... rasa bagaikan Ya Allah,xtau nk cakap.. letih yang teramat.. rasa tulang2ku longgar dan perlukan massage..huhu... sangat letih dan sakit.. hurm... pagi ini kami ad presentation mini project under Dr Lee.. huhu.. sgtlah letih... xcukup rehat...xcukup tido...huhuhu.... datang lab dengan lappyku untuk menyiapkan tugasan..huhu.. kurang keyakinan nak present terus...so,relaks la dulu... huhu.. tengok keadaan..semua cam letihje..so,cancel hajat nak present arini...berhenti tuk makan dan kembali present..sampailah..... pukul 3petang..huhu... balik terus solat zohor dan run through nota falsafah ilmu pule... huhu ok..arini penuh dengan present je... terasa makin lama, makin teruk bahasa.. in terms of xtau nak cakap camne... lack of words la senang kata..huhu.. lama x asah.. huhu.. rindu nak berpidato pula... tetiba teringat sekolah menengah dulu.. rindu pula pada kawan-kawan dan pendidikku... huhu.. pernah suatu ketika dulu,setelah tamat pengajian di sekolah menengah, ada seorang pendidikku menegur... awk ni makin lama makin tunggang-langgang bahasa.. kalau dulu,awk ok je.. susunan esei awk pun senang baca,menarik.. huhu.. maafkan saya,cikgu.. saya dah lama x asah otak dan lidah ini.. sibuk dengan kerja ja.. huhuk!! astaghfirullahal azim.... duniawi..duniawi.. huhu... Ya Allah, peliharalah hambaMu ini..amin.. hurm... serius..rindu nak berpidato.. (alahai...pandai ke berpidato???huhu.. kalau tak terketar-ketar urat badan..huh!) hehehe... ok...sampailah masa untuk present falsafah ilmu.. saya cover bahagian Etika Analitik... ok.. nak share sikit la ilmu di sini.. Etika analitik ini adalah etika yang menyelidik dan mengkaji maksud atau istilah yang digunapakai dalam etika normatif.. atau dalam erti kata lain, etika yang menyelidik kepercayaan seseorang secara takkulan sama ada pelaku tindakan tersebut adalah benar atau salah.. contoh kata la,kita nak menyatakan suatu kebenaran.. kebenaran tu sendiri terbahagi kepada kebenaran yang positif dan negatif.. misalnya, kita nak cakap tentang kecantikan seseorang itu.. cantik?? apa itu cantik?? sebelum kita cakap cantik, kita mesti fikir dulu kan,apa sebab kita nak kata sesuatu tu cantik..pakaian ke?? pemandangan ke??kebersihan ke?? atau ke ke yang lain.. so,itulah yang dinamakan etika analitik.. menganalisa.. teori atau aliran untuk mengklasifikasikan etika analitik ini ada 8 jenis... saya menghuraikan tentang teori teleologi; di mana berasal dari perkataan Yunani; telos - akhir atau tujuan dan logos iaitu kajian. teleologi ini adalah teori yang digunakan untuk mencapai sesuatu kebahagiaan dalam hidup dan cara menilainya adalah dengan melihat kepada hasil atau kesan kepada tindakan tersebut.. jika kesannya adalah baik,maka perbuatan itu adalah baik.. contoh kata, mencuri.. kalau dari segi logik dan kewarasan akal, kita akan kata eh,itu x baik. haram.. berdosa dan so on.. tapi, mengikut teori atau aliran ini, misalnya, seorang ibu terpaksa mencuri untuk mengenyangkan anaknya...jadi, tindakan ini adalah baik.. teori ini disangkal oleh Immanuel Kant di mana sesuatu tindakan itu tidak boleh dinilai berasaskan kesan atau hasil tindakan itu, tetapi ianya perlulah berlandaskan perlaksanaan tanggungjawab dan amanah, bukannya niat.. ini adalah kerana penilaian terhadap sesuatu tindakan itu bukanlah berasaskan kesan kerana kesan hanyalah boleh diaplikasikan dalam bentuk yang praktikal sahaja.. ok.. itulah yang saya bentangkan semalam.. hehe.. sekian.. ngee.. alhamdulillah.. lega rasa bila dah present.. hehe.. malam ini ada meeting untuk SEED.. ok.. non-stop activities.. rindu family saya..huhu... ok2... istighfar2... ikhlaskan hati... insyaAllah.. =) husnuszone... ngee. ^^ insyaAllah...jadualku sebelum dan selepas exam sangatlah padat..so, take note and booking awal2...huhu... sekian...sejuk sesangat ini malam.. terima kasih kerana sudi membaca bebelan ini.. moga yg baik itu diambil, dan yang kurang baik itu di'ignore'kan sahaja... hehe. wallahu'alam.. maafkan saya atas segala kesilapan saya.. selamat malam...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram