Kerana Aku Anak Ibu...


Masih ku ingat,

Masa kecilku....

Ibu jaga aku,
Walau terpaksa bersengkang mata.
Ibu pimpin aku,
Walau kerap kali aku terjatuh.
Ibu sediakan makan untukku,
Walau makanan tak semahal mana.
Ibu ajar aku 123,abc,alif ba ta, '
Walau dia belajar tak setinggi mana.
Ibu siapkan semua keperluan sekolah,
Walau hanya ala kadar cuma.
Ibu bagi duit buat belanja,
Walau 20sen sehari saja.
Ibu beli baju raya,
Walau dia tiada apa.
Ibu buat apa saja,
Demi aku pengarang jantungnya.

Kini aku,
di menara gading,
Berusaha sebaiknya,
Demi kasihku pada ibu,
Akanku balas dengan ilmu di dada,
Akan kubuktikan padamu,
Pengorbananmu tidak sia-sia,
Cukuplah engkau merana keranaku,
Cukuplah segala pengorbananmu demiku,
Cukup sudah kau menitiskan air mata kesedihan,
Kesedihan kerana tidak berharta membesarkanku,
Tapi aku kagum denganmu ibu,
Kerana kasihmu aku berdiri di sini,
Di tempat kebanggaanmu,

Bersabarlah ibu,
Segenggam kejayaan bakal milikku,
Kerana aku anak ibu.

~ Alhamdulillah...puisi ini sungguh menusuk kalbuku tatkala membacanya... Ya Allah, sunguh ku rindukan mak dan ayahku... peliharalah mereka, Ya Allah, sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil lagi..amin... insyaAllah... ampunkan dosa dan segala kekhilafan yang ada pada diriku agar diri ini dapat menjalani hari2 yang mendatang dengan lebih tenang dan baik.. insyaAllah... biarpun tidak dapat ku nukilkan sendiri puisi yang amat puitis ini, insyaAllah jika ada lagi pertandingan mendeklamasikan sajak,akanku garap lagi sajak ini.. insyaAllah.. dipohon seribu kemaafan kerana masih tidak mampu menghasilkan nukilan2 terkini walaupun hatiku sering meronta-ronta untuk berkarya lagi.. insyaAllah akan tiba saatnya....(amin..) ~

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram