Tafaqquh yg pertama...

Alhamdulillah... doaku serta hajatku mendapat izin-Nya..syukur.. thank you, Allah... dapat jua ku hadiri sesi pengisian ilmu iaitu tafaqquh yang pertama untuk sem ni.. pengisian malam ini adalah ilmu fiqh(feqah.. selepas solat maghrib berjemaah bersama, sesi pun bermula.. pengisian yang cukup bermakna dan berilmu.. dibawakan khas oleh bilal surau UMK.. trimas al-fadil,ustaz.. tajuk arini adalah berkaitan bersuci.. suka dan lapang dadaku untuk berkongsi ilmu yang ada,insyaAllah..

Bersuci jua dalam bahasa Arab, taharah yang bermaksud mengikut syarak, iaitu sesuatu perbuatan atau perlakuan yang menghilangkan daripada sebarang bentuk penegahan ke atasnya.. insyaAllah... (jika ada kesilapan,harap ditegur,moga tidak daku berada dalam kesesatan selamanya jua..insyaAllah.. tq..)Alat-alat untuk bersuci yang paling baik ialah air. air terbahagi kepada empat jenis iaitu air mutlak, air musta'mal, air musyammah dan air mutannajis..

Penerangan secara ringkas arini;

1)Air mutlak ialah suci bagi dirinya,yang lainnya dan tidak makruh..selalu digunakan.
2)Air musta'mal ialah suci bagi dirinya sahaja dan benda@perkara2 yang sunat..tidak boleh digunakan untuk melakukan amalan wajib seperti solat. Air yang berubah warna dan bercampur dengan yang suci adalah seperti za'faran,cuka,sabun dan sebagainya..
3)Air musyammah ialah suci bagi dirinya, yang lainnya tetapi makruh kerana ianya memudharatkan. Air yang diisi dalam bekas besi or bejana. Ia boleh mengakibatkan sopak dan penyakit yang lain.
4)Air mutannajis ialah air yang sudah terkena najis atau ada najis di dalamnya lebih kurang atau sama dengan ukuran 2 kolah atau lebih dari 2 kolah tetapi ianya berubah. Ianya tidak boleh digunakan.

Maksud ukuran 2 kolah ialah jika mengikut dalil yang ada, ianya tidak akan menajiskan oleh sesuatu. jenis ukuran 2 kolah ialah mengikut bentuknya. Yang pertama ialah bentuk empat persegi iaitu satu hasta suku orang dewasa panjang, melintang dan dalamnya.. Yang kedua ialah bulat iaitu dua hasta tinggi dan hasta bukanya (lebarnya). Mengikut Imam Syafei adalah digalakkan untuk kita berlebihan dalam hal ini supaya lebih selesa dan yakin..

Wallahu alam...insyaAllah... moga semua yang baik dan elok itu hanya dari Allah Yang Esa dan yang buruk itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri..moga dapat kuhadiri majlis-majlis ilmu seperti ini jua untuk minggu-minggu yang akan datang dan setiap masa jika ada kelapangan..akan ku cari jua nikmat itu. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram