TERIMA KASIH,YA RABB....

Salam....
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan,kaum kerabat,sahabat dan ahlul bait... moga kita semua terhindar dari segala kemungkaran dan sentiasa mengawal nafsu dan diri daripada kesesatan dan kealpaan yang melalaikan.... insyaAllah...

saat itu.. ketika itu... tidak akan kulupakan sampai bila-bila.. benar! benar kata-kata yang kudengari sebelum ini... sabar,ain.. sabar.... tingkatkan usaha... teruskan berusaha.. ikhlaskan hati.. do ur best!!! alhamdulillah...syukur...syukur ke hadrat Ilahi yang izinkan jua untukku menikmati anugerah itu dan jua memakbulkan permintaanku jua rintihanku selama ini... terima kasih,Ya Rabb.. sesungguhnya hanya Dikau yang Maha Mendengar, Memahami dan Berkuasa ke atas tiap sesuatu... alhamdulillah kerana daku dilahirkan sebagai muslimah sejak azali lagi... syukran jazillan...

tak mampu ku ucapkan betapa bahagianya diriku saat itu.. memang itulah yang daku impikan... yang kudambakan.. akhirnya terlaksana jua untuk tahun ini...tahun 2009... iaitu 23 Disember 2009.. Saya dimaklumkan keputusan final exam sem 1 dah keluar.. sebelum melihatnya,daku memohon petunjuk dan ketabahan daripada Yang Esa.. jua ku serahkan diri yang kerdil ini kepada empunya-Nya.. alhamdulillah.. daku mendapat 3.50 untuk pointer sem 1.. syukur.. walaupun ianya hanya sekadar nombor dan biasa-biasa saja bagi yang sudah biasa,tapi bagi diriku yang serba lemah ini, dapatku rasakan kehangatannya.. kekuatannya.. keyakinannya.. kebahagiaannya.. kenyataannya... alhamdulillah.. tiap kali kufikirkan berita baik jua anugerah itu,tidak henti-henti lidahku basah mengucap kesyukuran di hati... sesungguhnya,memang Allah S.W.T. yang Maha Esa dan Berkuasa.. thank you,Allah!!

daku dambakan-Mu,daku rindukan-Mu, daku ingin bersama-Mu setiap saat dan waktu.. izinkan daku untuk merasakan nikmat cinta-Mu, nikmat anugerah-Mu, nikmat menunaikan segala kewajipanku sebagai hamba-Mu, nikmat menunaikan ibadah haji dan umrah, nikmat berbakti kepada kedua ibu bapaku jua nikmat balasan Syurga Firdausi-Mu yang indah nan terperi...amin... InsyaAllah... daku terlalu mencintai-Mu lebih daripada segalanya.. tiada galang gantinya kasih-Mu, Ya Haq... izinkan daku untuk teruskan perjuanganku sebagai hamba-Mu, anak kepada kedua ibu bapaku, adik kepada abang-abangku, isteri kepada bakal zaujiku, ummi kepada zuriat-zuriatku, kakak kepada adik-adik juniorku jua pelajar kepada diriku... amin... insyaAllah.. akanku kuatkan tekad, kentalkan jiwa jua genggam baraan api itu sampai ke penghujung usiaku.. moga daku berjaya di dunia dan akhirat serta selamat dalam kasih dan lembayung rahmat-Mu... amin... daku hanya mampu buat yang terbaik, terus berusaha dan bertawakal kepada-Mu, Ya Allah.. moga Dikau perkenankan segala permintaanku jika ianya baik dan jauh daripada segala fitnah kepada diriku,agamaku dan perjuanganku..amin..

wallahu alam...senyumlah dari hati,agar dirimu berseri...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram