9:51 PM

Ku cinta Dia.

by , in
Assalamualaikum...

Astaghfirullahal azim.. catatan arini agak menyedihkan.. mungkin kerana lately ku diuji dengan persahabatan.. baru sebentar tadi ku terjaga dari tidur..tidur lena yang panjang.. kepenatan barangkali...  badanku masih letih lagi.. pabila ku terjaga dari tidurku, ku sedar bahawa ada air mata yang berguguran di wajah ini.. ku ingatkan bahawa ku masih bermimpi.. rupa-rupanya... oh tidak! Benar sekali! Ku menangis dalam tidurku.. mimpiku itu sangatlah mendukacitakan aku.. kerana apa? Kerana ku diuji dalam persahabatanku.. Astaghfirullahal azim... Ya Allah, peliharalah kami daripada azab api nerakaMu dan tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu.. amin...

Cerita begini.. ku mulakan dengan lafaz basmallah.. tersebutlah kisah di sebuah kawasan sekolah (tapi cerita ini melibatkan segenap lapisan sahabat-sahabatku waima universiti mahupun zaman remaja).. ada sedikit berkaitan dengan realiti.. ku baru sahaja pulang dari langkawi.. nak dijadikan cerita sesampainya aku ke kelas, didapati ramai sekali sahabat-sahabat yang sibuk menghafal itu ini, bergerak kelibut ke sana ke mari, tak tahu mengapa.. rupa-rupanya kami diberikan kerja rumah a.k.a assignment untuk melakonkan apa-apa sahaja berkaitan dengan Chapter 7 dalam mata pelajaran matematik.. sepertinya biometry and experimental design.. (oh, over sudahh... huhu) ku terkaku.. tergamam... tak keruan.. erm.. mengapa ku tak tahu langsung..? dan kenapa aku tidak dimaklumkan apa-apa?? OK.. I can’t blame others.. aku yang bersalah.. mungkin aku tak cakna.. ok, tak mengapa.. relax.. relax... cool dear cool... memang ku tengah menahan air mata... ya..aku perlu tahan.. dalam kelas itu bercampur dengan pelbagai lapisan sahabat-sahabatku... ku mencari ruang.. ku terlihat Q di hujung sana.. oh ya.. dia.. ku tanyakan kepadanya.. apakah mungkin ini silapku? (ok, girl, stop dreaming.. no one will comfort or in your side.. please wake up!) T_T ok.. sedih! Di wajah Q, ada garis-garis bersalah, ku tenung matanya, jelas simpatinya kepadaku.. tetapi dia tetap tegas menyatakan itu salahku kerana mana mungkin salah mereka sedangkan telah tersebar kertas di dalam kelas sebelum itu untuk memilih kumpulan persembahan dan latihan. Ok, ku kalah lagi.. sedih kali kedua.. ku diamkan diri sahaja.. masih menahan air mata.. ku cuba memujuk hati ini... ku mencari lagi di ruang yang lain.. ku lihat sahabat-sahabat yang lain.. di dalam hati ini berkata, tergamaknya mereka?! Huhu T_T ok, hatiku mulai lemah... bagaikan halilintar yang bakal memecah tembok kekuatan mata hati ini.. sabar lagi, sabar.. ku terdengar nama sahabat di TIGS untuk meneruskan persembahan seterusnya.. yes, spotted! El, Alfi dan Daing bangun... ku sedih... tapi ku cuba senyum.. yes! Alhamdulillah.. ku berjaya pujuk hati ini.. ku tersenyum girang sekali... ku yakin mereka tidak tahu..

Setelah itu, nama-nama yang tidak mempunyai kumpulan lagi perlu berkumpul di luar.. masing-masing perlu membuat persembahan solo.. what???!!! SOLO???! Ok, enough! Memang masaklah aku kali ini. Huhu.. ok spotted! Semua yang di luar ini memang telah jelas selalu sibuk dengan aktiviti tapi ternyata yang jenis pandai bergerak sendiri.. ala-ala pandai berdikari.. ok.. relieved jap. Sesi pemilihan tema persembahan pula.. oh no! apakah?! Hmm... Ada obodon, natasha dan lain-lain.. (Apa kaitan entah..adoii... pelik, pelik...) -.- ok, dalam kalut-kalut ku memilih obodon sedangkan aku tak mengetahui apakah itu.. terdengar mereka kata ada action.. ekk??? Huhu... ku memilih untuk mudah mengalirkan air mata kerana ku lebih menjiwai watak itu dek kerana ku in sad mood.. hahahaha.. ok, gotcha! Dapat idea dah.. hehe.. ok, ku perlu melakonkan ari sabtu ini.. 2hb.. oh no! tarikh itu penting bagiku... ku mencari Ainul dan Anati.. tak tertanggung lagi rasa di hati ini.. ya... air mata bakal terhambur keluar.. ku tidaklah sekuat itu.. pasti menangis juga.. kerana ku seorang perempuan biasa.. sama seperti kalian.. tarikh jemput menantu di JB.. Ainul! Alaaa...... ok, Ainul memujukku dan membawaku keluar dari kelas itu.. walaupun dia perlu masuk ke kelasnya tika itu, tetapi kerana daku, dia memilih untuk bersama denganku seketika.. cuba untuk menenangkan hatiku.. terima kasih, sayang.. huhu ku dapat rasakan kehangatan kasih sayangmu itu.. terima kasih.. kemudian, ku terlihat sebuah kereta di hadapan.. tidaklah besar,  tapi nampaknya keluasan dalaman kereta itu seperti tempat duduk avanza.. (apekah episod ini?? Adeihhh) ku berhenti seketika dan terlihat ibu Biha ada di dalam.. ku salam, ku peluk dan ku cium sepuasnya, kerna ku tahu dia seorang ibu... pasti mengerti akan hati anak sepertiku... sebesar mana seorang anak itu, ibu pasti menganggapnya sebagai anak kecil kerana dia tahu apa yang kita mahu kerana dia yang membesarkan kita.. huuu.. ok, air mata dah start nak tersembur keluar.. ku cuba untuk menahan.. Biha menghulurkan tangan tanda simpati kepadaku kerana dimalukan di kelas sebentar tadi.. huhu.. ku lakukan yang sama kepadanya, Daing dan Abil.. ok, Daing berusaha membuatku tergelak... hehe. Dia menunjukkan cincin di jarinya tanda telah menjadi tunangan Adi.. comel sangat mimpi ini.. haha.. di belakang ku lihat ada Aziera, Leha dan tak nampak pula seorang lagi.. terima kasih semua.. ya ku ingat seorang lagi..  Nadiah namanya... dia tidaklah rapat denganku tika di kelas, tapi dia yang paling bersemangat menangis melihatku dimalukan di khalayak.. Oh Sahabat! Ku sayang kamu semua.. =) Tiba-tiba.......

Ku terjaga dari lenaku... Terasa ada linangan air mata di kelopak mata ini.. ku ingatkan ku bermimpi.. rupa-rupanya tidak.. memang benar.. ku menangis dalam mimpi itu.. dan juga realiti, air mata memang keluar.. huhu.. ku teresak-esak bangun dari lena.. setelah ku yakin, ku sudah di alam realiti, ku sapu air mata di wajahku.. mengucap panjang seketika.. astaghfirullahal azim............ alahai... mimpi.. mimpi... apalah... hehe.. ku terfikir kenapa ku bermimpi seperti itu.. kenapa ku menangis dalam mimpi itu.. adakah kerana ujian persahabatan? Erm... mungkin kerana ku rindu, rindu sangat-sangat kepada sahabat-sahabatku di TIGS.. Geng-geng suka duka, jatuh bangun... lama tak jumpa dengan mereka.. mungkin kerana penangan tak dapat pergi majlis ainul kelmarin.. huu.. Maafkan daku, sayang.... Ok, bila tengok wajah di cermin, jelas sekali bengkak di mataku.. hahaha.. lawak pula bila fikirkan balik.. hehe.. teringat kami sakan menyakat anak saudaraku, Iesya semalam.. merah-merah mata dan hidungnya puas menangis semalam.. hehe.. mungkin juga kerana ku join sekali episod semalam.. hahaha.. sorry sayang... =D ok.. tamat sudah... letih.. jum sambung melayan si kecil itu.. Assalamualaikum...






Sharing Love

Blog's Award

My Instagram