Assalamualaikum...
Astaghfirullahal
azim.. catatan arini agak menyedihkan.. mungkin kerana lately ku diuji dengan
persahabatan.. baru sebentar tadi ku terjaga dari tidur..tidur lena yang
panjang.. kepenatan barangkali...
badanku masih letih lagi.. pabila ku terjaga dari tidurku, ku sedar
bahawa ada air mata yang berguguran di wajah ini.. ku ingatkan bahawa ku masih
bermimpi.. rupa-rupanya... oh tidak! Benar sekali! Ku menangis dalam tidurku..
mimpiku itu sangatlah mendukacitakan aku.. kerana apa? Kerana ku diuji dalam
persahabatanku.. Astaghfirullahal azim... Ya Allah, peliharalah kami daripada
azab api nerakaMu dan tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu.. amin...
Cerita
begini.. ku mulakan dengan lafaz basmallah.. tersebutlah kisah di sebuah
kawasan sekolah (tapi cerita ini melibatkan segenap lapisan sahabat-sahabatku
waima universiti mahupun zaman remaja).. ada sedikit berkaitan dengan realiti..
ku baru sahaja pulang dari langkawi.. nak dijadikan cerita sesampainya aku ke
kelas, didapati ramai sekali sahabat-sahabat yang sibuk menghafal itu ini,
bergerak kelibut ke sana ke mari, tak tahu mengapa.. rupa-rupanya kami
diberikan kerja rumah a.k.a assignment untuk melakonkan apa-apa sahaja
berkaitan dengan Chapter 7 dalam mata pelajaran matematik.. sepertinya biometry
and experimental design.. (oh, over sudahh... huhu) ku terkaku.. tergamam...
tak keruan.. erm.. mengapa ku tak tahu langsung..? dan kenapa aku tidak
dimaklumkan apa-apa?? OK.. I can’t blame others.. aku yang bersalah.. mungkin
aku tak cakna.. ok, tak mengapa.. relax.. relax... cool dear cool... memang ku
tengah menahan air mata... ya..aku perlu tahan.. dalam kelas itu bercampur
dengan pelbagai lapisan sahabat-sahabatku... ku mencari ruang.. ku terlihat Q
di hujung sana.. oh ya.. dia.. ku tanyakan kepadanya.. apakah mungkin ini
silapku? (ok, girl, stop dreaming.. no one will comfort or in your side..
please wake up!) T_T ok.. sedih! Di wajah Q, ada garis-garis bersalah, ku
tenung matanya, jelas simpatinya kepadaku.. tetapi dia tetap tegas menyatakan
itu salahku kerana mana mungkin salah mereka sedangkan telah tersebar kertas di
dalam kelas sebelum itu untuk memilih kumpulan persembahan dan latihan. Ok, ku
kalah lagi.. sedih kali kedua.. ku diamkan diri sahaja.. masih menahan air
mata.. ku cuba memujuk hati ini... ku mencari lagi di ruang yang lain.. ku
lihat sahabat-sahabat yang lain.. di dalam hati ini berkata, tergamaknya
mereka?! Huhu T_T ok, hatiku mulai lemah... bagaikan halilintar yang bakal
memecah tembok kekuatan mata hati ini.. sabar lagi, sabar.. ku terdengar nama
sahabat di TIGS untuk meneruskan persembahan seterusnya.. yes, spotted! El,
Alfi dan Daing bangun... ku sedih... tapi ku cuba senyum.. yes! Alhamdulillah..
ku berjaya pujuk hati ini.. ku tersenyum girang sekali... ku yakin mereka tidak
tahu..
Setelah
itu, nama-nama yang tidak mempunyai kumpulan lagi perlu berkumpul di luar..
masing-masing perlu membuat persembahan solo.. what???!!! SOLO???! Ok, enough!
Memang masaklah aku kali ini. Huhu.. ok spotted! Semua yang di luar ini memang
telah jelas selalu sibuk dengan aktiviti tapi ternyata yang jenis pandai
bergerak sendiri.. ala-ala pandai berdikari.. ok.. relieved jap. Sesi pemilihan
tema persembahan pula.. oh no! apakah?! Hmm... Ada obodon, natasha dan lain-lain..
(Apa kaitan entah..adoii... pelik, pelik...) -.- ok, dalam kalut-kalut ku
memilih obodon sedangkan aku tak mengetahui apakah itu.. terdengar mereka kata
ada action.. ekk??? Huhu... ku memilih untuk mudah mengalirkan air mata kerana
ku lebih menjiwai watak itu dek kerana ku in sad mood.. hahahaha.. ok, gotcha!
Dapat idea dah.. hehe.. ok, ku perlu melakonkan ari sabtu ini.. 2hb.. oh no!
tarikh itu penting bagiku... ku mencari Ainul dan Anati.. tak tertanggung lagi
rasa di hati ini.. ya... air mata bakal terhambur keluar.. ku tidaklah sekuat
itu.. pasti menangis juga.. kerana ku seorang perempuan biasa.. sama seperti
kalian.. tarikh jemput menantu di JB.. Ainul! Alaaa...... ok, Ainul memujukku
dan membawaku keluar dari kelas itu.. walaupun dia perlu masuk ke kelasnya tika
itu, tetapi kerana daku, dia memilih untuk bersama denganku seketika.. cuba
untuk menenangkan hatiku.. terima kasih, sayang.. huhu ku dapat rasakan
kehangatan kasih sayangmu itu.. terima kasih.. kemudian, ku terlihat sebuah
kereta di hadapan.. tidaklah besar, tapi
nampaknya keluasan dalaman kereta itu seperti tempat duduk avanza.. (apekah
episod ini?? Adeihhh) ku berhenti seketika dan terlihat ibu Biha ada di dalam..
ku salam, ku peluk dan ku cium sepuasnya, kerna ku tahu dia seorang ibu...
pasti mengerti akan hati anak sepertiku... sebesar mana seorang anak itu, ibu
pasti menganggapnya sebagai anak kecil kerana dia tahu apa yang kita mahu
kerana dia yang membesarkan kita.. huuu.. ok, air mata dah start nak tersembur
keluar.. ku cuba untuk menahan.. Biha menghulurkan tangan tanda simpati
kepadaku kerana dimalukan di kelas sebentar tadi.. huhu.. ku lakukan yang sama
kepadanya, Daing dan Abil.. ok, Daing berusaha membuatku tergelak... hehe. Dia
menunjukkan cincin di jarinya tanda telah menjadi tunangan Adi.. comel sangat
mimpi ini.. haha.. di belakang ku lihat ada Aziera, Leha dan tak nampak pula
seorang lagi.. terima kasih semua.. ya ku ingat seorang lagi.. Nadiah namanya... dia tidaklah rapat denganku
tika di kelas, tapi dia yang paling bersemangat menangis melihatku dimalukan di
khalayak.. Oh Sahabat! Ku sayang kamu semua.. =) Tiba-tiba.......
Ku
terjaga dari lenaku... Terasa ada linangan air mata di kelopak mata ini.. ku
ingatkan ku bermimpi.. rupa-rupanya tidak.. memang benar.. ku menangis dalam
mimpi itu.. dan juga realiti, air mata memang keluar.. huhu.. ku teresak-esak
bangun dari lena.. setelah ku yakin, ku sudah di alam realiti, ku sapu air mata
di wajahku.. mengucap panjang seketika.. astaghfirullahal azim............
alahai... mimpi.. mimpi... apalah... hehe.. ku terfikir kenapa ku bermimpi
seperti itu.. kenapa ku menangis dalam mimpi itu.. adakah kerana ujian
persahabatan? Erm... mungkin kerana ku rindu, rindu sangat-sangat kepada
sahabat-sahabatku di TIGS.. Geng-geng suka duka, jatuh bangun... lama tak jumpa
dengan mereka.. mungkin kerana penangan tak dapat pergi majlis ainul kelmarin..
huu.. Maafkan daku, sayang.... Ok, bila tengok wajah di cermin, jelas sekali
bengkak di mataku.. hahaha.. lawak pula bila fikirkan balik.. hehe.. teringat
kami sakan menyakat anak saudaraku, Iesya semalam.. merah-merah mata dan
hidungnya puas menangis semalam.. hehe.. mungkin juga kerana ku join sekali
episod semalam.. hahaha.. sorry sayang... =D ok.. tamat sudah... letih.. jum
sambung melayan si kecil itu.. Assalamualaikum...




